Kenyataan Akhbar

Pemuda PH kemuka cadangan keperluan golongan belia dalam Belanjawan 2022

Oleh Aziera NH

Pemuda Pakatan Harapan (PH) telah membawa serta memperjuangkan suara dan kehendak setiap warganegara khususnya golongan belia yang terkesan ekoran endemik Covid-19 pada sesi libat urus bersama Timbalan Menteri Kewangan baru-baru ini.

Ketua Pemuda PH, Howard Lee berkata, usaha itu dilakukan dengan satu prinsip iaitu menjulang kembali harapan untuk menyambut perubahan.

“Usaha ini perlu disambut baik oleh semua pihak kerana ia sedaya upaya mengetepikan perbezaan politik untuk memastikan Malaysia dapat dipulihkan sebaik yang mungkin,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Oleh itu, Pemuda PH menuntut supaya Belanjawan 2022 mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dan murni untuk bertindak membaik pulih sistem di dalam tiga skop yang berikut:

1- Menyediakan pekerjaaan kepada belia

a) Graduates@Work
b) Mempermudah penjana pertumbuhan mesra belia
c) Mengurangkan kacau ganggu terhadap pendidikan

2- Perlindungan sosial untuk semua

a) Menggandakan bayaran kebajikan
b) Manfaat anak sejagat
c) Penambah baikan kerangka jaringan keselamatan sosial
d) Kemudahan kesihatan mental yang lebih baik

3- Menjamin pergerakan belia dan kehidupan yang layak

a) Pengangkutan
b) Perumahan

Tambah Howard, perincian melalui skop-skop yang telah dibentangkan ini mengutamakan peruntukan dan aktiviti yang mengembangkan kesejahteraan insan serta berpaksikan perpaduan dan solidariti yang sedia ada utuh di dalam masyarakat kita.

“Cadangan-cadangan ini mengangkat penambahbaikan terhadap setiap potensi anggota masyarakat kita, daripada ekonomi digital sehinggalah ke ekosistem penjagaan rapi,” katanya. – Roketkini.com