Berita

‘PH mesti tolak pengkhianat. Noktah’ – Loke

Kenyataan Tian Chua bahawa Pakatan Harapan (PH) harus bekerjasama dengan pihak yang boleh memberi kemenangan adalah pendapat peribadi Naib Presiden PKR itu.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, pendirian DAP telah pun dinyatakan jelas pada mesyuarat Majlis Presiden PH.

“PH mesti berkempen berdasarkan dasar-dasar bersama kita dan rekod pencapaian sepanjang 22 bulan mentadbir Melaka di bawah kepimpinan mantan Ketua Menteri, Adly Zahari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban menegaskan, PH mesti menolak pengkhianat. – Roketkini.com