Uncategorized

SPR diseru segera keluarkan SOP PRN Melaka yang lebih jelas, teliti

Bila agaknya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan mengeluarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang jelas dan terperinci untuk Pilihan Raya Negeri Melaka yang bakal menjelang?

Setiausaha DAPSY Melaka, Danish Zainudin dalam satu kenyataan media berkata, SOP yang jelas penting kerana ini akan mempengaruhi peratusan keluar mengundi pada 20 November 2021 nanti.

“Bagaimana hendak berkempen dan mengundi dengan adil jika semua ini belum ditentukan?” Soalnya yang juga merupakan Koordinator DAP DUN Pengkalan Batu.

Tambahnya, beliau amat berharap SPR dapat mengeluarkan SOP yang lebih jelas agar tiada pelanggaran SOP berlaku dan Kerajaan juga diseru untuk menyampaikan segala maklumat berkaitan dengan pilihan raya negeri dengan meluas serta jelas kepada para pengundi.

“Kita juga bimbang jika tanpa adanya SOP yang jelas, penularan kes atau wujudnya kluster baharu berlaku dalam pilihan raya negeri kali ini,” katanya. – Roketkini.com

Tarikh-tarikh penting yang telah ditetapkan SPR berkait #PRNMelaka2021:

Tarikh Keluar Writ : 18 Oktober 2021 (Isnin)

Hari Penamaan Calon : 8 November 2021 (Isnin)

Hari Mengundi Awal : 16 November 2021 (Selasa)

Hari Mengundi : 20 November 2021 (Sabtu)