Berita

Kita mesti menang! – Semangat calon muda DAP PRN Melaka

Oleh Roketkini

Calon termuda DAP, Muhamad Danish Zainudin menzahirkan penghargaannya atas kepercayaan kepimpinan parti kepadanya sebagai anak muda untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November ini.

Muhamad Danish, 25, diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu. 

“Terima kasih kepada kepimpinan DAP Malaysia yang telah meletakkan kepercayaan kepada saya sebagai seorang anak muda. 

“Ini untuk menggalas harapan bagi memastikan DUN Pengkalan Batu kekal milik PH. Kita mesti menang,” katanya. 

Untuk rekod, DUN Pengkalan Batu sebelum ini disandang oleh Norhizam Hassan Baktee, yang bertindak ‘melompat’ selepas berlaku Langkah Sheraton. 

DAP sebelum ini mengumumkan calon-calonnya untuk PRN Melaka 20 November ini di bawah logo PH. 

Selain Muhamad Danish, turut diumumkan ialah G. Saminathan (Gadek), Kerk Chee Yee (Ayer Keroh), Allex Seah Shoo Chin (Kesidang), Low Chee Leong (Kota Laksamana), Damian Yeo Shen Li (Duyong), Leng Chau Yen (Bandar Hilir) dan Tey Kok Kiew (Bemban).  – Roketkini.com