Oleh Roketkini
Teras Kedua Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan iaitu ‘Melaka Makmur’ menggariskan strategi untuk memperkasakan ekonomi Melaka.
Usaha terebut dilakukan dengan mengukuhkan sektor ekonomi sedia ada dan meneroka sektor baharu.
“Ini bagi menyediakan peluang perniagaan dan pekerjaan serta menarik pelabur baharu,” kata pelan tersebut, yang dilancarkan hari ini.
Melaka Makmur terbahagi kepada tiga inisiatif iaitu peluang pekerjaan, sokongan perniagaan dan menarik pelaburan langsung asing (FDI).
Berikut adalah perincian ketiga-tiga inisiatif:
Inisiatif peluang pekerjaan
- Skim Peluang Pekerjaan Rakyat (SPPR)
Mewujudkan peluang pekerjaan baharu di pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) - Program Carian Kerja Melaka (Career@Melaka)
Mewujudkan hub rujukan di setiap Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dun (Japerun) yang berperanan sebagai pemadan pekerjaan di peringkat setempat
Inisiatif sokongan perniagaan
- Dana Pemulihan Sektor Pelancongan
Peruntukan dana khas bagi memulihkan sektor pelancongan - Melaka Berniaga
Diskaun bayaran lesen perniagaan bagi tahun 2022 - Skim Mikrokredit Harapan
Pinjaman mudah lulus sehingga had RM5,000 untuk usahawan dan usahawanita
Inisiatif baharu + menarik FDI
- Menjadikan Melaka sebagai lokasi tumpuan aktiviti MICE (mesyuarat, inisiatif, persidangan dan pameran) serantau
- Merancakkan aktiviti Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka
- Penganjuran ‘Melaka Festival’ bertaraf antarabangsa sebagai tarikan baharu untuk pelancongan domestik dan antarabangsa
- Projek Infrastruktur Air di Melaka termasuk Empangan Jernih, Tasik Biru dan Muara Sungai Duyong
- Penerokaan Industri Baharu seperti tenaga hijau, pelabuhan dan cruise, ekonomi digital dan gig serta bandar pintar yang dijangka menjana lebih 10,000 peluang pekerjaan baharu
- Menyokong pertumbuhan produk-produk pelancongan baharu di Melaka. – Roketkini.com