Uncategorized

PRN Sarawak: Jom keluar mengundi Sabtu ini!

oleh Ghafar NS

Adakah akan wujud fajar baharu untuk Sarawak, sekiranya tiada fajar baharu bagi Malaysia keseluruhannya?

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang yang juga merupakan Veteran DAP berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak merupakan satu titik mula untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam perjuangan mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara hebat bertaraf dunia.

Namun menurutnya, masih banyak yang perlu dilaksanakan lebih-lebih lagi masih banyak persoalan yang belum terjawab. Antaranya :-

  1. Mengapa dua atau tiga generasi rakyat Sarawak telah dinafikan hak kerakyatan penuh di Malaysia daripada mendapat peruntukan kewangan, autonomi?
    Terutamanya dari segi pendidikan dan sistem kesihatan, hak cari gali minyak, dan pembangunan di Sarawak dalam setengah abad yang lepas. 
  2. Adakah Kerajaan Persekutuan akan memberi pampasan terhadap hak-hak rakyat Sarawak yang telah dinafikan sebelum ini?

Tambah Kit Siang, sekiranya benar Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang besar pada PRN Sarawak kali ini, dan tanpa wujudnya pembangkang dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Pakatan Harapan (PH), kepentingan rakyat dan negeri ini tentu sukar dipertahankan.

“Saya menyeru para belia Sarawak untuk bangkit dan membantu memimpin negara dalam memastikan Malaysia dapat menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia.

“Saya meminta rakyat Sarawak datang beramai-ramai mengundi pada hari Sabtu dan mewujudkan peratusan keluar mengundi yang tinggi dalam PRN Sarawak.

“Mari sama-sama buktikan bahawa kita mempunyai stamina, ketabahan dan komitmen untuk berjuang selama beberapa dekad demi Malaysia dan Sarawak yang lebih baik.” Katanya. – Roketkini.com