Berita

Kerajaan P. Pinang gerakkan aset bantu becana banjir di Selangor

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mula menggerakkan sejumlah aset bagi misi bantuan bencana banjir ke negeri Selangor.

Ketua Menteri, Chow Kon Yoew berkata, usaha itu melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT), pelbagai pasukan sukarelawan serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Saya telah menghubungi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari untuk bertanyakan situasi semasa pada pagi ini dan juga bantuan yang diperlukan pihak beliau.

“Kita (Kerajaan Negeri Pulau Pinang) cuba yang terbaik bagi membantu dari semasa ke semasa, dan akan terus berhubung serta mendapatkan laporan terkini daripada Kerajaan Negeri Selangor.

“Ini termasuk penghantaran beberapa aset oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri dalam tempoh terdekat,” jelasnya seperti dilapor Buletin Mutiara.

Kon Yeow berkata demikian sebelum menyempurnakan acara pelepasan misi bantuan bencana banjir ke negeri Selangor dekat perkarangan Dewan Bandaraya, Padang Kota Lama di Georgetown, Pulau Pinang semalam.

Bercakap pada sidang media sama, Exco Alam Sekitar dan Kebajikan, Phee Boon Poh berkata, beberapa Persatuan Bomba dan Sukarela (PBS), pasukan sukarelawan serta NGO yang digerakkan semalam.

Selain itu, tambah beliau, pejabatnya turut menyediakan barangan kelengkapan berkaitan diperlukan bagi mengurangkan risiko perebakan wabak Covid-19 dalam kalangan anggota misi bantuan bencana dari negeri tersebut. – Roketkini.com