Uncategorized

Segerakan bantuan bagi mangsa tanah runtuh Sg. Penchala – Hannah Yeoh

Oleh Ghafar NS

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menggesa pihak berwajib untuk mengendalikan mangsa-mangsa bencana kejadian tanah runtuh di Sungai Penchala dan segera memutuskan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) serta menguruskan pemindahan dengan segera.

Menurut Hannah, sehingga pukul 3.15 petang hari ini, mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Kg. Sungai Penchala masih belum ditempatkan di mana-mana PPS, tetapi ditempatkan di Masjid Al-Hidayah dan Dewan Masyarakat Kg. Sungai Penchala. 

“Sehingga kenyataan ini ditulis pihak berwajib masih belum memutuskan PPS untuk menempatkan mangsa-mangsa, walaupun mereka telah mengadakan siri mesyuarat demi mesyuarat sejak malam tadi,” katanya.

Hannah juga menegaskan, Menteri Wilayah Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri KPWKM Datuk Seri Rina Harun dan Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad wajar lebih empati kepada mangsa-mangsa di sini.

“Mereka sekarang berada dalam keadaan amat memerlukan tempat perlindungan untuk berehat, selamat, selesa dan mempunyai akses kemudahan kebersihan serta perlindungan kesihatan.” Tambah Hannah. – Roketkini.com