Isu Semasa

PRN Johor: DAP umum calon DUN Penggaram

Oleh Wartawan Roketkini

BATU PAHAT 5 Feb. – DAP hari ini mengumumkan calon mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggaram.

Penyandang N23 Penggaram, Gan Peck Cheng sekali lagi dicalonkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH).

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Pilihan Raya dan Pengumuman Calon N.23 DUN Panggaram di sini hari ini.

Guan Eng berkata, Pakatan Harapan akan memfokuskan kepada lima isu utama untuk melawan Barisan Nasional.

Antaranya katanya, melibat isu kenaikan tarif elektrik yang dilihat membebankan rakyat.

“Itulah sebabnya rakyat Johor perlu ambil kesempatan untuk minta Kerajaan Pusat untuk hentikan kenaikan tarif elektrik, kalau tak rakyat Johor akan ajar Kerajaan Pusat dalam PRN Johor,”katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Menurut Guan Eng, PRN Johor ini juga adalah pilihan raya paling penting sebelum pilihan raya umum nanti. – Roketkini.com