Uncategorized

93 calon bertanding pada pemilihan DAP kali ini. Ini senarai 93 calonnya… 

Oleh B. Suffian

Kongres Kebangsaan Ke-17 DAP yang bakal berlangsung pada 20 Mac depan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam akan menyaksikan pemilihan pucuk kepimpinan parti yang baharu bagi penggal 2022 hingga 2025. 

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, sebanyak 93 calon telah pun dicadangkan oleh cawangan-cawangan akar umbi DAP dan kesemua mereka telah menerima pencalonan tersebut. 

“Sebenarnya ada lebih 100 orang yang dicalonkan tetapi ada sebahagian calon yang dicalonkan itu tidak menerima pencalonan termasuk menolak untuk bertanding. 

“Jadi akhirnya jumlah calon yang telah menerima pencalonan dan akan bertanding dalam pemilihan ini adalah 93 orang,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP Kebangsaan, Kuala Lumpur hari ini. 

Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, pemilihan parti kali ini buat julung kalinya menggunakan pindaan perlembagaan parti yang baharu. 

Beliau berkata, jika dahulu hanya 20 anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) dipilih setiap kali pemilihan.

Namun selepas pindaan perlembagaan parti pada konvensyen lalu, tambahnya, peruntukan parti yang baharu akan digunakan kali ini iaitu memilih 30 anggota CEC. 

Berikut adalah senarai calon-calon pada Kongres Kebangsaan Ke-17 DAP mengikut susunan abjad: