Uncategorized

Lindungi pekerja e-hailing & p-hailing dengan caruman PERKESO – V Ganabatirau

oleh Ghafar NS

Pada 29 Mac 2022, EXCO Kebajikan Masyarakat, Pekerja Dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor, Ganabatirau Veraman telah merasmikan Program GIGCARE- 1000, iaitu inisiatifnya untuk membantu pekerja e-hailing dan p-hailing mencarum dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada tahun ini.

Kata beliau dalam ucapan perasmian di perkarangan Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, menurut laporan Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS), ramai kalangan pekerja industri ini belum mencarum dalam sebarang skim perlindungan dan atas kajian yang dibuat, usaha untuk memastikan keselamatan dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing diambil.

Kerajaan Selangor membelanjakan sejumlah RM46,600 bagi membantu 1,000 pekerja dan memberi kesedaran kepada para pekerja lain dalam sektor ini untuk mencarum dengan PERKESO.

“Caruman RM46.60 setahun melalui Pelan Dua Skim Pekerjaan Sendiri (SPS) memanfaatkan 1,000 pekerja dalam sektor terbabit,” kata V Ganabatirau yang juga merupakan Adun Kota Kemuning.

Ganabatirau juga memaklumkan bahawa kuota untuk penerima manfaat ini akan diperbanyakkan lagi pada tahun hadapan dan beliau amat menggalakkan para majikan untuk memberikan subsidi perlindungan sedemikian kepada pekerja berikutan peningkatan kadar kemalangan membabitkan golongan itu. – Roketkini.com