All posts by admin

Isu Tabung Haji: Polis perlu siasat maklumat, bukan pemberi maklumat

“Sepatutnya polis menyiasat sama ada terdapat salah laku dalam perjanjian, sebaliknya polis lebih fokus untuk menyiasat bagaimana kertas (Lembaga Tabung Haji) LTH telah bocor,” kata Aziz Isa, penyelia Pusat Khidmat DAP Tupong.

Kerajaan bayar ganti rugi RM600,000 kepada keluarga Beng Hock

Panel tiga hakim dianggotai Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, Datuk Haji Hamid Sultan Abu Backer dan Datuk Mah Weng Kwai bersetuju bahawa majistret Mahkamah Koroner serta Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila memberi penghakiman terbuka terhadap siasatan kematian.

JPA sepatutnya sasarkan FLOM dan jabatan tak bermanfaat

Beberapa kementerian harus dikecualikan daripada pelaksanaan pembekuan ambilan staf baru oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang sewajarnya memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan saiz jabatan-jabatan tertentu yang tidak benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.

Umno tidak akan mampu mengubah fitrah hipokritnya – Tony Pua

Keputusan Majlis Tertinggi UMNO mempertahankan Presidennya Datuk Seri Najib Razak, menjadi petunjuk bahawa tidak ada harapan lagi untuk UMNO berubah.

Merajuk bukan cara selesaikan skandal 1MDB-Tabung Haji

“Jika Najib tidak boleh menjawab atau tidak bersedia untuk menjawab sepenuhnya keraguan dan pertanyaan yang dikemukakan, maka dia harus menerima tekanan serta kritikan berterusan termasuk bersedia meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Skandal 1MDB-Tabung Haji: Najib digesa letak jawatan Menteri Kewangan

DAP mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya segera bersuara dan memberikan respon terhadap permintaan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan tindakan diambil terhadap pihak yang terlibat dalam skandal hutang RM42 bilion 1MDB.

Malaysia perlu ketuai ASEAN untuk hentikan sindiket pemerdagangan manusia

DAP menggesa Kerajaan Persekutuan sebagai Pengerusi ASEAN untuk mengambil langkah segera bagi menangani masalah sindiket pemerdagangan manusia di rantau Asia Tenggara, khususnya dalam kes masyarakat Rohingya.

DAP cabar Najib arahkan anak tirinya beli tanah LTH

“Oleh kerana Najib percaya bahawa dengan membayar RM2,773 satu kaki persegi untuk sebidang tanah adalah satu urusniaga yang baik, maka dia hendaklah segera menasihati Riza untuk melupuskan RM184 juta hartanah di Amerika Syarikat dan membawa balik wang tersebut bagi membeli tanah daripada LTH” – Tony Pua

Siapa beri kelulusan transaksi tanah 1MDB-Tabung Haji?

Najib tidak boleh berdiam diri sedangkan sepupunya sendiri Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Afdal telah menyatakan kebimbangan mereka mengenai kredibiliti kerajaan.

Pakatan Rakyat Johor junjung titah Sultan, ‘GST tak masuk akal’

Pakatan Rakyat Johor menjunjung titah Tuanku Sultan Johor baru-baru ini yang menyifatkan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai ‘tidak masuk akal’.