All posts in 'Berita' Subscribe

Rakyat wajib tolak BN yang rakus kuasa, rasuah – Anthony Loke

Anthony Loke Siew Fook menganggap kerjasama erat DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) adalah senjata utama yang membolehkan hegemoni Barisan Nasional (BN) berjaya dipecahkan di negeri ini.

Amaran terhadap Mariam, satu lagi contoh salah guna kuasa KPN

Ini lagi satu contoh klasik bagaimana undang-undang hasutan boleh disalahgunakan untuk menyekat kritikan dan perbezaan pendapat.

Kerajaan laksana GST untuk hukum warga miskin

Hospital tidak boleh kutip cukai daripada pesakit, itu betul tapi hospital masih perlu membayar GST bagi setiap perkhidmatan yang dibeli daripada pembekal.

Seludup haiwan aktiviti menguntungkan, kenapa kementerian terbabit pejam mata?

Tindakan terhadap penyeludup haiwan liar, Anson Wong Keng Liang atau lebih popular dengan gelaran ‘Lizard king’ seakan melepaskan batuk di tangga sehingga menimbulkan banyak tanda tanya terhadap integriti pihak berkuasa terbabit.

DAP anjur forum ‘Bajet BN-Siapa Untung, Siapa Rugi’, di Johor Bahru, Ahad ini

Antara ahli panel forum itu adalah Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee; Pengarah Eksekutif Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Pengarah Urusan Ideas, Wan Saiful Wan Jan.

Kertas soalan SPM bocor: Speaker digesa segera terima usul

Menurutnya, kelewatan membuat keputusan muktamad dan adil akan menjejaskan rancangan pelajar sama ada melanjutkan pelajaran atau memulakan kerjaya.

SJKT Gunung Rapat, Perak, mangsa terbaru janji manis BN

BN sebelum ini menabur janji untuk menggantikan bangunan sekolah itu yang berusia hampir 60 tahun di atas tapak yang hanya berkeluasan 0.4 ekar.

Komplot bekas Pengerusi SPR kekalkan kuasa UMNO

Dr Ong Kian Ming menyifatkan tiga persempadanan semula yang dilakukan bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ketika berkhidmat bukan untuk mengekalkan kuasa politik Melayu tapi mempertahankan kuasa UMNO/BN.

Pulau Pinang mohon Kerajaan Pusat timbang pembesaran LTAPP

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata beliau sudah menghantar surat kepada Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Selasa lalu, supaya menimbang pembesaran LTAPP dengan satu ‘runway’ baru bagi menampung pertambahan kedatangan pelancong ke negeri ini.

DAP baru sergah, JKR Sarawak melompat

Rumah panjang Rumah Gerik Ak Tom diabaikan selama 50 tahun lalu oleh kerajaan BN. Tetapi sebaik sahaja kami menetapkan rancangan untuk projek Impian Sarawak ketiga di sana, pihak kerajaan seolah-olah baru bangun daripada tidur,