All posts in 'Berita' Subscribe

Penduduk Bentong mahukan perubahan, akan sokong calon DAP

Tinjauan krew The Rocket ke Bukit TInggi, Bentong, Pahang, semalam mendapati sambutan penduduk kawasan itu kepada Pakatan Rakyat agak luar biasa berbanding sebelumnya. Rakyat yang dahulunya hanya ambil peduli mengenai mata pencarian dan kehidupan aman kini tanpa segan silu menyertai gelombang UBAH di pekan penginapan terkenal itu.

BN hairan bila orang FELDA terima baik calon DAP

Lebih 50 peratus pengundi Melayu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bilut dijangka mencetuskan perubahan bersejarah apabila mereka bersedia memberi sokongan kepada DAP dan Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei ini.

Rampas kerusi MCA: DAP tak gentar hadapi UMNO di mana sahaja

DAP sama sekali tidak gentar terhadap ketamakan UMNO yang bercita-cita mahu merampas kerusi yang pernah ditandingi MCA atau MIC pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun, berkata bukan sekadar melawan UMNO, DAP juga sudah lama bersedia menentang mana-mana parti komponen Barisan Nasional (BN).

Pertandingan di Gelang Patah adalah keputusan Kit Siang, bukan pertukaran kerusi antara DAP dan PKR

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, keputusannya bertanding di Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti adalah keputusan sendiri dan bukan pertukaran dengan mana-mana kerusi Parlimen antara DAP dan PKR.

DAP gesa SPR kaji semula arahan wajibkan 240,000 petugas PRU undi pos

Apa akan jadi dengan 240,000 kertas undi kakitangan kerajaan apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewajibkan mereka mendaftar sebagai pengundi pos pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Pertempuran Gelang Patah untuk capai dua matlamat penting

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, pertama, pertempuran itu akan melancarkan tsunami politik pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dari Selatan yang akan merebak ke seluruh negara, merentas Laut China Selatan ke Sabah dan Sarawak, bagi menyelesaikan ‘kerja tertangguh’ tsunami politik PRU 2008 yang menyaksikan kejatuhan UMNO/Barisan Nasional (BN) di lima negeri dan penafian majoriti dua pertiga Parlimen terhadap UMNO buat kali pertama dalam sejarah Malaysia.

PRU-13: DAP bongkar kempen jahat “pihak lawan” gantung sepanduk mengelirukan

Sepanduk haram iaitu ‘Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang bakal jadi Perdana Menteri Malaysia’ dan ‘DAP mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri’, adalah antara yang dipasang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya.

BN tandus modal politik, DAP mahu tamatkan politik perkauman

Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong berkata, untuk merealisasikan hasrat Malaysia yang telus, berintegriti dan adil, rakyat Malaysia harus menamatkan riwayat kerajaan BN dan memberi mandat kepada Pakatan Rakyat (PR) sebagai kerajaan baru.

DAP beri amaran lambakan hutang dan rasuah BN bakal mufliskan Malaysia

Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham, berkata ini kerana tindakan gelojoh dan tidak bertanggungjawab Presiden BN, Datuk Seri Najib Razak menambah beban hutang negara yang kini mencatat rekod tertinggi dalam sejarah dan tambah merungsingkan apabila kerajaan BN sambil lewa membanteras amalan rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran mereka.

PRU-13: BN akui manifesto PR relevan, bukti kepimpinan Najib lemah

Walaupun dilihat hipokrit memplagiat sebahagian besar Manifesto Pakatan Rakyat, tindakan Barisan Nasional (BN) itu secara tidak langsung mengakui bahawa tawaran PR adalah relevan dan mempunyai perhitungan wajar.