All posts in 'Berita' Subscribe

Mahdzir Ibrahim calon DAP bagi Parlimen Tanjong Piai

Mahdzir yang merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda DAP dalam ucapannya menekankan kepentingan perpaduan semua kaum di Malaysia sambil menegaskan bahawa rakyat Malaysia sudah bijak dan tidak mahu lagi ditakut-takutkan dengan mainan sentimen perkauman sempit UMNO-Barisan Nasional.

Tidak mampu selesai masalah ekonomi, BN cedok manifesto Pakatan

Manifesto Barisan Nasional yang dilancarkan dengan gilang gemilang semalam dan disiarkan melalui media kawalan mereka ternyata telah disalin terus daripada Manifesto Pakatan Harapan Rakyat Rakyat yang telah dilancarkan Februari lalu.

Melayu Johor terima DAP, sedar UMNO bohongi mereka

Orang Melayu di Johor makin berani menyatakan sokongan secara terbuka kepada DAP serta menolak UMNO-BN kerana telah sedar bahawa perjuangan DAP terbukti untuk semua melangkaui batas kaum dan agama.

Najib, Menteri Kabinet, ahli keluarga dicabar isytihar miliki syarikat luar pesisir

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan semua Menteri Kabinetnya mengisytiharkan secara terbuka samada mereka dan ahli keluarga memiliki syarikat luar pesisir secara rahsia seperti pendedahan eksklusif Malaysiakini, semalam.

PRU-13: Isu tanah, orang Melayu bakal tumbangkan BN Johor

“Mereka dihalau pihak berkuasa menggunakan FRU dan anjing!”. Begitulah nasib yang menimpa orang Melayu yang menjadi setinggan di beberapa kawasan sekitar daerah Johor Bahru yang terpaksa berpindah daripada tempat yang mereka diami lebih 50 tahun lalu.

SPR tidak jujur laksana tugas daftar pengundi pos di luar negara

Pakar Strategi Pilihan Raya DAP, Dr Ong Kian Ming berkata, Pengerusi SPR itu dalam kenyataan semalam mendakwa beliau kecewa kerana hanya dapat mendaftar 6,298 rakyat Malaysia yang berada di luar negara sebagai pengundi pos.

PRU-13: PR tolak politik benci, pupuk politik matang

Politik kebencian yang dipupuk UMNO/Barisan Nasional (BN) selama ini dengan memburuk-burukkan individu, memainkan sentimen perkauman dan agama hanya akan memecah-belahkan rakyat dan dilihat sekadar mahu menutup segala skandal penyelewengan dan salah guna kuasa yang dilakukan.

Bantahan bukti BN tentang pilihan raya kerajaan tempatan

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata Jabatan Peguam Negara yang mewakili Kerajaan BN yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah merujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk membantah permohonan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan bekas Presiden Aliran P Ramakrishnan.

Saya pilih Jumaat, penghulu segala hari – Lim Guan Eng (video di dalam)

“Saya pilih esok untuk membubarkan DUN Pulau Pinang kerana esok hari Jumaat, penghulu segala hari.” Itulah alasan yang digunakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika memilih hari esok Jumaat untuk membubarkan DUN Pulau Pinang

DAP ada bukti SPR lindungi ‘penipuan’ pilihan raya, desak tindakan segera

DAP menempelak kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang dilaporkan media bahawa isu pendaftaran secara ‘haram’ membabitkan Dinesh Siva Kumar ‘bukan isu besar’ dan beliau (Dinesh) tidak perlu mengundi jika tidak berpuas hati.