All posts in 'Berita' Subscribe

DUN Pulau Pinang dibubar esok: Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, beliau akan mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang esok kerana terpaksa bergegas ke Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, di Kuala Lumpur, hari ini.

DAP alu-alukan Samy Vellu bertanding di Ipoh Barat

Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, M Kulasegaran mengalu-alukan kesediaan bekas Presiden MIC, Datuk Seri Utama S Samy Vellu untuk bertanding di kerusi Parlimen Ipoh Barat yang diwakilinya.

BN tidak patut lagi dikekal memerintah

Barisan Nasional (BN) tidak patut lagi diberi peluang untuk kekal memerintah negara kerana selama lebih lima dekad pemerintahannya, rakyat terus dihantui dengan pelbagai masalah, termasuk isu perkauman dan korupsi, salah guna kuasa dan gagal menyatukan semua kaum di negara ini.

Chor Chee Heung jahil dakwa Kit Siang tamak

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mempertikai dan kecewa dengan tuduhan Naib Presiden MCA, Datuk Chor Chee Heung apabila mendakwa beliau tamak kerana akan dapat pencen berganda sebab itu bertanding di banyak kawasan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti .

‘Bisnes mega BN’ bakal lingkupkan negara? – DAP

“Kita juga nak pertikaikan mengapa 1MDB memberi pinjaman sebanyak US$1.2 bilion kepada sebuah syarikat Petrosaudi. Selepas itu, setiap kali sebelum Petrosaudi dapat membayar faedah sebanyak US$100 juta setiap tahun, 1MDB menambah pinjaman kepada Petrosaudi sebanyak US$500 juta pada 2010 dan US$200 juta pada 2011.

Selepas tekanan hebat, Najib akhirnya ‘terpaksa’ bubar Parlimen

Setelah menerima kritikan dan tekanan kuat daripada segenap lapisan rakyat dan parti politik, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhirnya mengumumkan pembubaran Parlimen bagi Dewan Rakyat yang ke-12 berkuatkuasa hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Kit Siang tak tanding DUN, DAP letak calon muda di Johor Jaya

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menafikan khabar angin yang beliau akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya selain Parlimen Gelang Patah, Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

DAP umum dua calon Melayu untuk PRU di Pahang

DAP meletakkan Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, bekas orang kuat Perdana Menteri Najib Razak di Parlimen Pekan untuk bertanding di Parlimen Raub, Pahang.

Kit Siang jemput Mahathir bertanding di Gelang Patah

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang akan bertanding di Gelang Patah mempelawa bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad bertanding di kerusi Parlimen itu bagi menentukan samada karier politik beliau atau Mahathir yang berkubur.

Akibat taksub, UMNO tak boleh terima bila wakil DAP bela Melayu

“Kampung Bahagia itu sering dilanda banjir, bila saya suarakan di Parlimen, saya katakan kamu, UMNO, tak boleh jaga bangsa sendiri, mereka melenting dan beritahu saya “Ini Melayu punya hal jangan campur!” kata beliau dalam satu majlis makan malam, di sini. Menurut Mano, penduduk kampung bukan saja sering berhadapan dengan masalah banjir tetapi juga masalah kemiskinan.