All posts in 'Berita' Subscribe

Kerajaan PR Pulau Pinang ambilkira reaksi rakyat mengenai 4 projek atasi kesesakan lalulintas

Ketua Menteri Pulau Pinag, Lim Guan Eng berkata, pelbagai reaksi khususnya daripada anak muda yang menghadiri dialog dan mesyuarat menunjukkan mereka memberi sokongan padu terhadap inisiatif kerajaan negeri PR melaksanakan projek itu.

SYABAS diarah bayar kos RM50,000, pulang semula RM200,000 yang dibayar Tony Pua

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menang dalam rayuannya dan didapati bebas daripada tuduhan memfitnah terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd Bhd (SYABAS).

DAP mahu PM yang “berani lawan, berani hidup!”

Kit Siang juga mengulangi azam PR untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih, telus dan adil sesuai dengan semangat dan prinsip berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

“BN takut”: DAP desak bubar segera Parlimen dan DUN

Justeru bagi memperbetulkan pelbagai ketempangan, penyelewengan dan urus tadbir yang dilakukan BN selama memerintah 56 tahun ini, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya Negeri Sembilan menyokongagenda perubahan yang dibawa Pakatan Rakyat (PR) untuk membentuk Kerajaan Persekutuan Malaysia yang baru.

Negeri Sembilan catat sejarah, DAP-PR siap sedia terima mandat rakyat

“Menang atau kalah perkara lain. Yang penting kita nak cetuskan tsunami bermula dari Johor; Gelang Patah, Batu Pahat, Kluang dan bila tsunami ini sampai ke Negeri Sembilan, tibalah masanya kita ambil obor perjuangan ini dan tumbangkan BN di Putrajaya!”

Pelan Induk Pengangkutan P Pinang: Kenal pasti kesulitan rakyat, selesai secara integriti, berhemah

cadangan pembinaan link ketiga atau terowong bawah laut dianggap tepat pada masanya kerana ia dapat menyelesaikan kesesakan di bahagian utara Pulau Pinang selain bertindak sebagai by pass bagi kenderaan yang menghala ke utara Pulau Pinang tanpa perlu melalui jalan ke Jambatan Pulau Pinang atau Jambatan Kedua untuk keluar ke tanah besar

Pengerusi DAP Bukit Permai terima ‘peluru’ dalam sampul surat putih

Saya tidak bermusuh dengan sesiapa dan juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, jadi saya tidak pasti sama ada perkara ini bermotifkan politik atau apa

DAP kecam Teng Chang Yeow bersekongkol dengan Perkasa

Hubungan sulit ini sudah bukan rahsia, rahsia sudah terbongkar. Mengaku sahajalah,” ujar Guan Eng terhadap penafian Teng yang kononnya tidak tahu menahu mengenai siapa yang menganjurkan perhimpunan menyokong Barisan Nasional semalam

Janji tidak ditepati: DAP mahu status projek RMK-9 didedah

Daripada 3,690 projek yang diluluskan, hanya 2,056 projek bernilai RM6.81 bilion yang siap manakala baki 843 projek bernilai RM3.73 bilion dibawa ke RMK-10. Ini menunjukkan, banyak projek kecil disiapkan tetapi 843 projek besar tidak disiapkan

DAP tolak tawaran 10 minit di RTM

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menolak tawaran masa 10 minit untuk membentangkan manifesto, menyifatkan tawaran tersebut sebagai suatu jenaka dan usaha BN untuk berlakon seolah-olah mereka melaksanakan kebebasan media.