All posts in 'Berita' Subscribe

Sambutan Ulangtahun DAP ke-47 di Johor 18 Mac

Bertemakan “Buka Lembaran Baru”, majlis Sambutan Ulangtahun DAP Peringkat Kebangsaan ke-47 akan diadakan secara besar-besaran di padang awam Sutera Mall, Skudai, Johor mulai jam 8 malam 18 Mac ini.

Status projek KLIA2 indah khabar dari rupa

Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) diminta menjelaskan status terkini projek pembinaan KLIA2 yang dimulakan pada 2007 kerana apa yang dilihat, status projek itu sekadar indah khabar daripada rupa.

“Ibarat cendawan tumbuh”: Gerai haram undang jenayah resahkan penduduk

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, berkata perkara itu sudah dilaporkan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak Disember tahun lalu tetapi malangnya tiada sebarang tindakan diambil pihak berkuasa itu.

Makin ramai bekas jeneral tentera sertai PR, petanda buruk buat BN

Menghairankan. Walaupun konflik berdarah di Lahad Datu terus dimanipulasi media kawalan UMNO-Barisan Nasional (BN) mengaitkannya dengan pimpinan Pakatan Rakyat (PR), tetapi semakin ramai pula mantan jeneral tentera menyertai PR.

Malaysia cipta sejarah berada dalam kempen PRU sejak empat tahun lalu

Malaysia mencipta sejarah dunia dan masuk dalam Guinness Book of Records sebagai negara yang berada dalam kempen pilihan raya umum untuk hampir empat tahun sejak Datuk Seri Najib Razak menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri keenam pada 3 April 2009.

BN masuk zon kerajaan tak-rasmi; Najib bukan lagi PM sah

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mendesak Datuk Seri Najib Razak mengadakan segera Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kerana mulai 9 Mac lalu jawatan Najib sebagai Perdana Menteri tidak lagi sah.

Pulau Pinang fail permohonan tuntut diadakan pilihan raya kerajaan tempatan

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, deklarasi itu selaras dengan Artikel 113(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kerajaan negeri memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan pilihan raya selain daripada Pilihan Raya Umum (PRU).

Bapa Saiful Bukhari mohon maaf pada Anwar: UMNO makin terjerat

“Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini. Dengan ini saya memohon maaf kepada beliau dan keluarganya. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini,” demikian luahan bapa kepada Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim.

PBAPP berjaya kurangkan NRW terendah di Malaysia

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) berjaya mengurangkan kadar air tanpa hasil (non revenue water) daripada 18.4 peratus pada 2011 kepada 17.6 peratus tahun lalu.

Apa jadi siasatan akuan bersumpah kedua Bala?

DAP menggesa Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee untuk memaklumkan hasil siasatan terkini mereka terhadap akuan bersumpah kedua penyiasat persendirian P Balasubramaniam.