All posts in 'Berita' Subscribe

PR tumpu tawan 15 kerusi Parlimen di Johor

Pakatan Rakyat (PR) memberi tumpuan untuk memenangi 15 kerusi Parlimen di Johor sekaligus mengakhiri status negeri itu sebagai “deposit tetap’ UMNO/Barisan Nasional (BN) serta membolehkan PR mentadbir Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Najib kini hanya PM tidak rasmi – Kit Siang

Sanggupkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima konsep dan kebiasaan sebuah kerajaan tidak rasmi (caretaker) untuk pentadbiran harian kerajaan yang sudah luput tempoh Parlimennya, paling ketara antara pembubaran Parlimen dan pembentukan kerajaan baru selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Ahli parti komponen BN diajak pilih Pakatan Rakyat

Pemberdayaan ekonomi mapan, akauntabiliti dan telus menjadi sebab Pakatan Rakyat (PR) perlu diberi mandat untuk memerintah Malaysia selain mengambil kira rekod buruk Barisan Nasional (BN) yang dicemari pelbagai skandal dan penyelewengan melampau.

Lim Kit Siang dipelawa bertanding di Johor

Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, telah menjemput pemimpin veteran parti itu, Lim Kit Siang, untuk bertanding di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Parlimen dibubar paling lewat 26 Mac

Parlimen akan terbubar dengan sendirinya pada tengah malam 27 April depan tanpa perlu perkenan Yang di-Pertuan Agong kerana sudah tamat tempoh sahnya.

DUN Chennah: DAP tambah kerusi, PR perintah Negeri Sembilan

DAP memperoleh majoriti besar di DUN Lobak dan tujuan saya bertanding di DUN Chennah adalah untuk menambahkan kerusi DUN Pakatan Rakyat (PR) sekaligus memerintah Negeri Sembilan. – Anthony Loke

Masyarakat India tidak dipinggir, Manifesto Rakyat meliputi semua kaum

Manifesto kita bukan ada subjek Dayak, India, Melayu. Manifesto ini manifesto rakyat. Turun minyak untuk semua rakyat, sekolah bantuan penuh untuk semua. Ia termasuk sekolah Tamil, sekolah Cina, sekolah agama, sekolah Arab dan sebagainya.

Projek lebuh raya, terowong dalam laut P. Pinang tidak dilaksana syarikat modal berbayar RM2

Pengerusi Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd, Datuk Zarul Ahmad Zulkifli menafikan dakwaan projek tiga lebuhraya dan terowong bawah dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion akan dilaksanakan syarikat bermodal berbayar hanya RM2.

Konflik Lahad Datu: Tuduh menuduh bukan penyelesaian

Pakatan Rakyat (PR) kesal kerana terus menjadi mangsa manipulasi isu pencerobohan Kesultanan Sulu di Lahad Datu dengan pelbagai spekulasi liar oleh media kawalan UMNO-Barisan Nasional (BN).

Usah biarkan cerdik pandai terus berhijrah ke luar negara

Penasihat Strategi Media Sosial DAP, Yeo Bee Yin Ketika berucap di hadapan kira-kira 2,000 hadirin berkata, situasi yang pernah dialaminya sendiri ketika menuntut dan bekerja di Cambridge perlu diberi perhatian serius kerajaan.