All posts in 'Berita' Subscribe

Muafakat PR dicemburui, Anwar mahu jentera pilihan raya tegas lawan serangan BN

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pakatan Rakyat (PR) agar tidak bersikap apologetik dan defensif ketika menangkis pelbagai serangan, tohmahan dan fitnah UMNO-Barisan Nasional (BN) terhadap gabungan oposisi itu.

Perbezaan pendapat dalam PR, ibarat kacau gula dan kopi, tapi tidak pecahkan cawan”- Abdul Hadi

Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, landskap politik dan minda masyarakat Malaysia berubah pasca Pilihan Raya Umum 2008 yang membebaskan fikrah fanatik perkauman yang dijaja UMNO-Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama memerintah.

PR komited laksana model baru politik, ekonomi Malaysia – Guan Eng

Pakatan Rakyat (PR) berikrar memulakan model politik baru dalam memperkukuhkan kebudayaan masyarakat dan meningkatkan prestasi ekonomi sehingga ke tahap tertinggi dan terbaik.

PR sedia gempur BN: Tiba masa rakyat lawan penguasa korup

Pakatan Rakyat (PR) sudah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bagi memacu perubahan membawa rakyat menumbangkan kerajaan korup Barisan Nasional (BN).

Kit Siang cadang tubuh Suruhanjaya Audit Khas untuk audit setiap ringgit perbelanjaan PRU-13

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencadangkan Suruhanjaya Audit Khas ditubuhkan untuk mengaudit setiap ringgit yang dibelanjakan untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sama ada oleh calon atau parti politik terbabit dan hasil pengauditan itu nanti didedahkan kepada umum.

DAP, PR diingatkan sentiasa bersedia, Parlimen boleh dibubar bila-bila masa

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mengingatkan semua pemimpin, ahli dan penyokong DAP dan Pakatan Rakyat (PR) tidak lalai dan bersedia mungkin Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ditunda ke April walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh membubarkan Parlimen dalam tempoh 12 hari sebelum ulangtahun kelima “tsunami politik” 8 Mac 2008.

Najib telah langgar Ikrar Integriti Pilihan Raya: Kit Siang

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah melanggar Ikrar Integriti Pilihan Raya yang ditandatanganinya pada Rabu lalu iaitu sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, termasuk secara terbuka mengkhianati pirnsip 1Malaysia dan menggunakan agama mengapi-apikan bahawa “satu undi untuk PAS kepada satu undi perpecahan umat Islam dan satu undi untuk DAP adalah satu undi kepada penindasan terhadap umat Islam seluruhnya”.

Orang Johor lebih untung dari Pulau Pinang kalau ubah kerajaan – Izmil Amri

Rakyat Johor perlu berani melakukan perubahan politik untuk manfaat yang lebih besar dengan mengambil contoh apa yang berlaku di Pulau Pinang.

“Siapa usir Melayu daripada tanah mereka? Bukan DAP tapi UMNO”- Tan Hong Pin

“Kita lihat kes paling dekat, kes di Pengerang, siapa yang diusir daripada tanah mereka yang diduduki daripada generasi ke generasi. Siapa yang halau mereka? Bukan DAP tapi UMNO,” jelas Ketua Pemuda DAP Johor, Tan Hong Pin.

“Saya DAP, saya okay, tukar wadah, bukan akidah” – Mazir Ibrahim

Golongan yang menuduh DAP cuba ‘menjual’ orang Melayu untuk menarik sokongan adalah ‘golongan yang sakit’ kerana DAP jelas secara fitrahnya adalah sebuah parti untuk semua kaum.