All posts in 'Berita' Subscribe

Rakyat Pulau Pinang bersuara, tetap tak nak BN

Warga Pulau Pinang memberi kenyataan jelas nyata kepada Perdana Menteri Najib Razak dalam sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang hari ini apabila menjawab “tidak” ketika ditanya tentang kesediaan mereka untuk menerima Barisan Nasional.

MSC Malaysia semakin lenyap di dunia: Kit Siang

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan mengapa Malaysia begitu jauh ketinggalan di belakang Korea Selatan dalam pelbagai bidang, sedangkan sudah 56 tahun Merdeka.

Sarawak negeri kaya, namun golongan muda disisih, lari bekerja ke Semenanjung

Walaupun Sarawak merupakan negeri yang luas dan kaya dengan pelbagai sumber semulajadi, masih ramai golongan muda tersisih dan terpaksa mencari rezeki di luar.

BN ‘tunggu mati’ di Perak: Analisis buktikan PR bakal menang 40 dari 59 kerusi

Sejarah bakal berulang, analisis yang diperolehi daripada pelbagai sumber mengatakan Pakatan Rakyat (PR) mampu memenangi sekurang-kurangnya 40 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti. kata Naib Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar

Kempen bermula: Jadilah ‘pencetus perubahan’ sekarang!

Seluruh rakyat Malaysia yang mahu menjadi pencetus perubahan Pakatan Rakyat (PR) dialu-alukan melayari Ubah.my bagi mendapatkan bahan kempen secara D.I.Y bagi menangkis propaganda dan fitnah jahat UMNO-Barian Nasional (BN).

Saudagar rokok haram ‘jadi raja’ di Sabah

Kemasukan pendatang asing secara tidak terkawal di Sabah sejak lebih dua dekad lalu menyebabkan berlakunya perubahan sosio politik dan ekonomi rakyat negeri itu ditambah dengan isu pemberian kad pengenalan secara mudah dalam “Projek M” sekitar tahun 1990-an.

DAP, PR bukan cemburu, tapi Najib tertipu, mudah percaya desas-desus

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, tidak ada sebab bagi Pakatan Rakyat (PR) mahu ‘cemburu’ dengan kejayaan Barisan Nasional (BN) menjemput bintang Gangnam Style Korea, PSY kerana PR tidak mempunyai wang berjuta ringgit untuk ditabur seperti dilakukan UMNO/BN.

Tunku jika masih hidup tentu kecewa dengan kemunduran Malaysia – Kit Siang

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, jika Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman masih hidup sudah tentu dia kecewa apabila melihat keadaan Malaysia mundur berbanding kemajuan yang dicapai Korea Selatan sekarang.

Mampukah Psy, Gangnam Style pulihkan populariti merudum BN?

Barisan Nasional (BN) terpaksa melakukan perang saraf terakhir membentuk persepsi pengundi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dijangka akan diadakan dalam masa dua atau tiga minggu lagi.

Fitnah lagi: Dr Arifin dituduh mahu dirikan gereja di UPNM, siapa “Mat Gerek”?

Politik hegemoni agama terus dimainkan bagi membakar sensitiviti rakyat Malaysia. Terkini, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Senator Dr Ariffin Omar sekali lagi menjadi mangsa fitnah apabila dituduh mahu menyebarkan ajaran Kristian.