All posts in 'Berita' Subscribe

JASA bazir dana awam, dipercayai terbabit sindiket beri MyKad, daftar pengundi hantu

Selain menjadi alat dan ‘barua’ propagandis UMNO/Barisan Naional (BN) dalam perkhidmatan awam, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) melalui Ketua Pengarahnya, Datuk Fuad Hasan dipercayai terbabit dalam sindiket pemberian MyKad dan pendaftaran pengundi hantu.

Tanah runtuh: PBT digesa pantau pemaju, projek

Pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta bertindak segera menangani insiden tanah runtuh yang berlaku sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya demi keselamatan awam termasuk memantau projek pembangunan di lereng bukit.

UMNO/BN terdesak, guna Ketua Pengarah JASA sebar propaganda tipu

UMNO/Barisan Nasional (BN) kini semakin terdesak sebab itu terpaksa menggunakan khidmat Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Penerangan untuk menyebarkan propaganda bahawa UMNO/BN menjelang PRU-13 kerana propagandis mereka kurang berwibawa.

Peguam Negara “hanya ikut kemahuan tuannya”: Guan Eng

Sikap bermuka-muka Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail terhadap Perkasa yang menyeru untuk membakar Bible dan kegagalannya menubuhkan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) menunjukkan Abdul Gani tidak boleh dipercayai termasuk rentetan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Siasatan RCI Sabah sandiwara Najib, Gani Patail?

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, persoalan yang ditimbulkan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zin Ibrahim patut diberi perhatian apabila menganggap siasatan RCI itu sebagai “usaha sia-sia” dan sandiwara Najib dan Abdul Gani untuk mengaburkan mata rakyat.

Batal projek kondo mewah 26 tingkat bukti komitmen PR

Keputusan Kerajaan Negeri Selangor membatalkan projek kontroversi kondominium mewah 26 tingkat berhampiran Batu Caves yang diluluskan ketika pentadbiran UMNO-Barisan Naisonal (BN) adalah bukti komitmen Pakatan Rakyat (PR) terhadap keselamatan rakyat dan alam sekitar.

Kes sapu tanah di Shah Alam: Pimpinan UMNO berhelah, jerut leher sendiri

“Tiada yang luar biasa”. Demikian jawapan bekas Ketua UMNO Kota Raja, Amzah Umar yang berhelah ketika menjawab pendedahan terkini kes ‘sapu tanah’ seluas empat ekar dengan premium RM1,000 di Seksyen 25, Shah Alam, baru-baru ini.

JASA salah guna kuasa, dana awam berkempen untuk UMNO/BN

“Fuad sepatutnya dipecat daripada Ketua Pengarah JASA, kerana menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya sebagai kakitangan awam dan dana awam. Selain itu, Fuad sepatutnya meletakkan jawatan daripada perkhidmatan awam dan Jabatan Hal Ehwal Khas di bawah Kementerian Penerangan dibubarkan.

Gani Patail gagal sebagai Peguam Negara, manjakan Perkasa

Rakyat nyata menolak tindakan golongan ekstrimis yang bukan saja mahu membakar Bible tetapi juga sebenarnya mahu ‘membakar’ negara apabila pesta bakar Bible yang digembar-gembur mahu diadakan di Pulau Pinang ternyata gagal sama sekali.

Hishammuddin penyebab kejatuhan BN pada PRU-13?

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur itu berkata, kenyataan Ahmad itu cuba menolak pandangan terbaru Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) bahawa 78 peratus undian menyatakan integriti dan penyalahgunaan kuasa pemimpin BN memberi kesan kepada sokongan pengundi pada PRU-13 nanti.