All posts in 'Berita' Subscribe

SAPP ditempelak dakwa DAP-PR tidak mampu selesai masalah rakyat Sabah

“Sejak tahun 1980-an, saudara Lim Kit Siang sudah memberi amaran awal kepada rakyat Sabah mengenai masalah PATI yang akan timbul jika tidak dikawal. Kini, kenyataan itu terbukti benar, PATI telah menjadi ibu kepada hampir semua masalah di Sabah,” jelasnya yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan Pemuda DAPSY.

Hukuman terhadap ADUN Pulau Tikus diringan

DAP membuat keputusan meringankan hukuman penggantungan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Koay Teng Hai daripada enam bulan kepada satu bulan berkuatkuasa mulai hari ini 20 Januari 2013.

UMNO akui gagal bela Melayu selepas 50 lebih tahun memerintah

UMNO terbukti gagal membela dan memperkasakan orang Melayu sejak lebih 50 tahun lalu apabila mereka sendiri menimbulkan isu survival Melayu walaupun puluhan tahun memerintah Malaysia.

Lagi projek runding terus UMNO/BN kepada kroni

Dr Ong berkata, pada 17 Januari lalu, Muhyiddin dianugerahkan Doktor Kehormat oleh Akademi Sukan Amerika Syarikat (USSA), yang berpusat di Daphne, Alabama, atas usaha beliau “untuk meningkatkan pendidikan fizikal untuk membantu dalam pembinaan sebuah negara “melalui inisiatif “Satu pelajar – Satu Sukan”.

Kuasa Melayu tetap kekal tanpa UMNO

Kesimpulan yang dirumus dalam Wacana Roketkini.com berjudul “Benarkah Melayu akan hilang kuasa tanpa UMNO?” yang diadakan di Hotel Good Hope, Skudai, Johor yang membariskan ahli panel terdiri daripada Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Ariffin Omar; Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Zairil Khir Johari dan Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Tajuddin Rasdi dan Dr Maszlee Malik bertindak sebagai moderator.

Projek IC, Projek M: Bimbang Mahathir ‘hilang daya ingatan lagi’

Pengakuan Mahathir yang melakukan penipuan “kewarganegaraan-untuk-undi” bagi mempertahankan kuasa politik UMNO adalah satu jenayah dan pengkhianatan, tetapi cuba menyelamatkan diri dengan berlindung pada bayang-bayang Bapa Malaysia melalui pembohongan bahawa Tunku melakukan sesuatu yang lebih teruk berbanding dirinya.

Projek IC di Sabah: Mahathir patut dianggap pengkhianat negara

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menganggap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga sebagai pengkhianat kerana terbabit memberi kad pengenalan (IC) dan hak mengundi kepada warga asing semata-mata untuk mempertahankan kuasa politik UMNO di Sabah.

Pelaksanaan gaji minima mesti disertakan dengan program peralihan untuk IKS

Dalam satu kenyataan media bersama, Jawatankuasa Dasar Pakatan Rakyat menyatakan bahawa pendekatan serampang dua mata akan membolehkan IKS untuk berhadapan dengan peralihan pelaksanaan gaji minima.

Demonstrasi DAP palsu, Utusan pun siar berita palsu

Satu demonstrasi oleh kira-kira 20 orang yang mengaku mewakili DAP untuk mengutuk DAP di sini semalam akhirnya dibongkar sebagai tunjuk perasaan anjuran parti Indian Progressive Front (IPF) yang bersekongkol dengan Barisan Nasional.

Teresa Kok kesal syarat ketat polis untuk adakan ceramah

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teresa Kok Suh Sim kesal dengan tindakan polis menangani permohonan ceramah politik anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Kinrara di Jalan Helang 13, Bandar Puchong Jaya, semalam.