All posts in 'Berita' Subscribe

“Saya tidak akan patah semangat” – Zairil Khir Johari

“Saya amat dukacita dan kecewa membaca serangan Tunku Aziz ke atas keturunan dan nama baik keluarga saya. Saya percaya politik sebegini tidak mempunyai tempat dalam masyarakat kita, dan saya kesal kerana kenyataan itu datangnya daripada seorang yang berkedudukan seperti beliau,” katanya.

Krisis air Lembah Klang bukti BN lebih sayang syarikat kroni daripada rakyat

Walaupun masalah bekalan air di Lembah Klang berlaku akibat kecuaian Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), kerajaan Barisan Nasional (BN) bersungguh-sungguh membela syarikat itu sekaligus membuktikan mereka lebih “sayangkan” syarikat kroni daripada kepentingan rakyat.

Pembohongan media perdana petanda Najib bakal musnah, BN disingkir

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, pembohongan, tidak jujur dan tidak profesional yang terus dilakukan media perdana adalah petanda kedudukan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri bakal musnah dan UMNO/BN akan disingkir dari Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Salam HKR KL112 untuk PRU13

“Pilihan Raya Umum ke-13 terus menjadi cabaran besar untuk Pakatan Rakyat tetapi KL112 adalah tanda aras bahawa tidak kira betapa payah dan sukar, perubahan kerajaan di Putrajaya pada pilihan raya akan datang mampu dicapai,”

DAP, PR tekad bela anak muda penuh ikhlas

Bantu rakyat dengan jujur dan ikhlas. Begitulah ikrar yang diucapkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, di KL112 di sini semalam yang mahu membela rakyat sewajarnya sekaligus membidas sikap kerajaan BN yang diibarat memperolokkan rakyat dengan pelbagai habuan menjelang pilihanraya.

#KL112: PAS teguh bersama gagasan Pakatan Rakyat hadapi BN

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kami berpegang kepada di atas resolusi PR yang telah dipersetujui bersama pada konvensyen yang diadakan di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah termasuk semua NGO yang bersama kita yang menerima hakikat yang ada dalam perlembagaan.

“Anak kecil main api”, UMNO pengkhianat sebenar rakyat – Anwar Ibrahim

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad untuk memerangi habis-habisan sebarang tindakan rasuah atau sebarang cubaan untuk merompak harta rakyat jika Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah negara.

PRU-13 penentu PR atau BN teraju Putrajaya – Kit Siang

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Menteri Besar Johor memberi senario dan ramalan yang hampir sama dengan Azrul ketika bercakap kepada pertubuhan Cina Kulai pada Selasa lalu.

KL112: “Lagi keras dia halang, lagi lekas dia tumbang” – Lim Guan Eng

“Sekarang semua kita sedar, kita bangun, kita sudah tidak boleh tahan dengan rasuah yang dilakukan BN. Kali ini kita nak ubah mereka. Kita mesti merdekakan Malaysia, tumbangkan BN,” katanya berucap dalam Perhimpunan KL112.

Sejarah sedang dilakar, Stadium Merdeka jadi saksi “kemerdekaan” rakyat

Ini menandakan isyarat awal kepada Barisan Nasional menunjukkan rakyat Malaysia komited untuk melakukan perubahan pentadbiran dalam pilihan raya umum yang ke-13 akan datang selain membuktikan kerjasama utuh parti-parti gabungan Pakatan Rakyat bersama dengan masyarakat madani.