All posts in 'Berita' Subscribe

Najib perlu ikhlas mahu Malaysia jadi “negara demokrasi terbaik” – Kit Siang

Najib Razak sepatutnya memastikan tidak berlaku campurtangan politik sama ada oleh Menteri Dalam Negeri, Ketua Penerangan UMNO atau penggerak politik lain daripada mengekang Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bertindak memastikan Himpunan Kebangkitan Rakyat berjalan secara aman dan berjaya.- Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP

Krisis air di Lembah Klang: SPAN, Puncak Niaga, SYABAS harus dipersalah

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, SPAN sepatutnya bertanggungjawab mengawal selia syarikat konsesi air, seperti Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dan Puncak Niaga Holdings Bhd, bukan melepas tangan.

HKR #112 : Panduan penting untuk peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat

APA YANG PERLU DIPAKAI
-Pakaian yang selesa untuk bergerak termasuk alas kaki/kasut yang sesuai.
-Pakaian bersih dalam beg untuk ditukar jika berlaku semburan bahan kimia.
-Baju hujan yang boleh melindungi diri daripada cecair kimia (jika ada) termasuk pelindung kepala dan cermin mata keselamatan (shatter resistant eye protection).

Koay Teng Hai digantung keahlian parti 6 bulan

Ditanya samada tindakan ke atas Koay itu wajar terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, Kulasegaran berkata, ini adalah bukti DAP sebuah parti yang tegas dan berprinsip serta tindakan itu tidak menjejaskan kestabilan parti.

10 Kontroversi Najib: Rakyat diseru ke KL112 – KPRU

Pelbagai kontroversi serius membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam empat tahun pentadbirannya telah membuktikan bahawa beliau tidak lagi sesuai memimpin negara selepas PRU ke-13 kerana ianya bakal meletakkan ekonomi dan keamanan Malaysia dalam keadaan yang tidak stabil.

Kit Siang ramal Parlimen dibubar Februari, PRU-13 akhir Mac

Katanya, ini kerana Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan akan dibubarkan dengan sendirinya pada 26 Mac ini kerana ia adalah dewan undangan negeri pertama yang bersidang selepas PRU-12 iaitu pada 27 Mac 2008.

Masalah FGVH: Felda terpaksa beli semula saham sendiri?

Tindakan Felda yang terpaksa membeli saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) daripada terus menjunam menggambarkan sikap “tidak pandai berniaga”, kata Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah.

Kerajaan Sarawak didesak turun 33 peratus tarif elektrik

Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chien Jen, berkata Syarikat Sesco Berhad (Sesco) yang dinaungi Sarawak Energy Berhad di bawah kerajaan negeri mampu menguruskan keuntungan mereka walaupun tarif dikurangkan sehingga 33 peratus atau satu per tiga berdasarkan keuntungan besar yang dicatat.

Malaysia “Negara paling selamat di Asia Tenggara”?

“Tiada maknanya Malaysia sebagai “negara paling selamat di Asia Tenggara” jika rakyatnya hidup dalam kebimbangan dengan jenayah yang semakin menjadi-jadi,” katanya dalam kenyataan media mengenai Perhitungan Detik 92 hari ke PRU-13.

Adakah Kementerian Pelajaran beri A kepada pelajar untuk capai sasaran KPI?

“Berdasarkan perbandingan dan kajian fakta itu, prestasi pencapaian akademik pelajar kita tidak boleh diterima, Kementerian Pelajaran dan kerajaan seolah-olah menggagalkan pendidikan pelajar di Malaysia,” kata mereka mengikut kenyataan itu.