All posts in 'Berita' Subscribe

#KL112: Himpunan Kebangkitan Rakyat pada Sabtu ini dijamin aman

Penganjur tidak akan mengadakan perarakan, sebaliknya hanya berjalan secara beramai-ramai dari pelbagai destinasi di ibu kota menuju ke Stadium Merdeka.
“Himpunan ini akan memberi isyarat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pengamal media kerajaan supaya menunaikan tuntutan rakyat. Kita tak mahu ambil alih (negara) melalui pertumpahan darah,”

DAP buat laporan polis terhadap Dr Puad Zarkashi dan tiga akhbar kawalan UMNO

Sepertimana yang sudah ditekankan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataannya semalam, DAP bukan parti yang berkait dengan mana-mana agama. Pendirian parti menganggap agama itu adalah hal peribadi dan tidak harus dipergunakan atau dipolitikkan.

SAMM harap NGO pro-UMNO tidak cuba cetuskan huru-hara

Penyelaras negeri SAMM Wilayah Persekutuan, Shariful Azmir Mustafa, berkata SAMM berharap pertubuhan seperti PEKIDA, PERKASA dan Pemuda UMNO menghormati perlembagaan dan usah cuba menghantar askar “samseng upahan” untuk mencetuskan huru-hara.

Usah terus jadi mangsa tipu BN pada PRU-13

“Rakyat di seluruh negara sepatutnya mencontohi kejayaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, termasuk Selangor yang mengamalkan prinsip ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), manakala Pulau Pinang dengan ‘Agenda Ekonomi Saksama (AES) bukannya seperti BN selama memerintah Selangor membolot tanah rakyat serta memperkayakan kroni,”- Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Kit Siang: Najib patut bubar Parlimen 8 Mac ini

Adakah Najib bersedia mengumumkannya beberapa hari lagi beliau akan membubarkan Parlimen sebelum 8 Mac 2013 bagi membolehkan PRU-13 diadakan.

Isu kalimah ALLAH: PAS kekal pendirian, berpegang pada al-Quran

Rasional kenyataan Abdul Hadi itu bersandarkan kepada ayat suci al-Quran yang menyatakan bahawa penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam.

DAP adalah seperti Robbie Fowler, bukan macam Suarez

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menganggap ftinah Mohd Puad itu tidak masuk akal dan tidak berasas sama sekali jika gagal mengemukakan bukti.

Aziz Sattar, Mamu Raja Lawak jemputan Festival P Ramlee Pulau Pinang

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Penang Institut, Zairil Khir Johari, acara malam kemuncak tersebut akan menampilkan beberapa persembahan menarik antaranya persembahan khas dari kumpulan Orkestra P Ramlee yang memang terkenal di negeri itu

Jika BN yakin menang, Najib dicabar tentukan tarikh PRU-13

“Ujian paling besar terhadap kenyakinan UMNO itu adalah Najib juga hendaklah mengisytiharkan bahawa UMNO/BN akan menerima keputusan pengundi termasuk pertukaran kerajaan di Putrajaya,”- Lim Kit Siang

Najib didesak jelas syarikat ‘kecil’ dapat projek lebuhraya tanpa tender terbuka

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak menjelaskan bagaimana sebuah syarikat ‘kecil’ boleh mendapatkan projek Lebuhraya Pantai Barat (WCE) yang bernilai RM5.2 bilion.