All posts in 'Berita' Subscribe

Malaysia patut duduki tempat lebih baik daripada ke-36 dalam indeks “Negara terbaik untuk dilahirkan pada 2013” EIU

Malaysia sepatutnya menduduki tempat lebih baik berbanding ke-36 daripada 80 negara dalam indeks “Negara terbaik untuk dilahirkan pada 2013” yang diusahakan Economist Intelligence Unit (EIU) dalam mengukur negara yang memberi peluang terbaik untuk kehidupan yang sihat, selamat dan makmur.

Kesilapan teknikal di pemilihan parti, DAP akui kesalahan

“Akibat daripada kesilapan tersebut, bilangan undi untuk calon-calon nombor 31 ke 38 adalah sama dengan calon-calon bernombor 61 ke 68,” kata beliau, sambil menambah bahawa kesilapan tersebut tidak disedari oleh pihaknya sehinggalah hari berikutnya dan lantas dilaporkan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Fitnah: Ngeh dan Nga akan saman Pisau.net dan Berita Harian

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming akan menyaman blog pro-BN, Pisau.net dan akhbar Berita Harian kerana menyiarkan laporan palsu berkaitan ‘rasuah tanah’ untuk jawatan Menteri Besar Perak pada 2008.

LHDN harus hentikan ‘serangan keganasan cukai’ terhadap PKS

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak sepatutnya melakukan ‘serangan keganasan cukai’ terhadap Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), termasuk siasatan kes cukai yang melebihi enam tahun lampau.

DAP ucap takziah atas pemergian Kanang

Seluruh kepimpinan Parti Tindakan Demokratik (DAP) menitipkan belasungkawa kepada keluarga mendiang yang menjadi inspirasi dan kebanggaan anak bangsa dengan keberaniannya mempertahankan negara ketika tempoh perkhidmatannya bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Jadikan rasuah isu penting pada PRU-13 – Kit Siang

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata, semalam beliau mencadang semua rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam pengiraan detik100 Hari ke PRU-13 bermula pada hari pertama tahun baru 2013 kerana peristiwa itu mempunyai kepentingan dan kemungkinan bersejarah.

NST putar belit kenyataan Guan Eng lagi.

Terbaru akhbar itu yang disebut Guan Eng sebagai ‘cermin’ Utusan Malaysia memutar belit laporan Perutusan Tahun Baru 2013 beliau, meskipun Pejabat Ketua Menteri tidak menghantar perutusan berkenaan kepada NST.

Mula kira 100 hari PRU-13, pastikan PR ganti BN

Rakyat boleh mula mengira 100 hari lagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan pastikan mandat yang jelas untuk Pakatan Rakyat (PR) menggantikan Barisan Nasional (BN) mentadbir Putrajaya untuk membina negara yang bersatu, demokratik, adil, progresif dan makmur.

“Saya nak beritahu Chua Soi Lek, DAP tak terima anda.” – Lim Guan Eng

Jangan harap Presiden MCA, Chua Soi Lek akan dibenar menyertai DAP seperti dakwaannya sebelum ini yang menyatakan mahu bersama parti itu sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang besar di Johor dan melantik orang Cina sebagai Menteri Besar Johor.

2013 perbaharui tekad tukar kerajaan

Sambutan tahun baru 2013 kelmarin di Dataran Merdeka dimulakan dengan tafakur seramai 45 peserta mogok lapar “Anak Muda Menentang Projek Memudaratkan Alam Sekitar” dan diakhiri berbuka puasa dengan minuman dan dihadiahkan sejambak bunga.