All posts in 'Berita' Subscribe

“Ubah Rocket Style” dan “Mama” meriahkan malam sambutan tahun baru 2013 DAP

Sambutan tahun baru 2013 DAP Kebangsaan di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH) malam tadi mendapat sambutan hangat dan gamat dengan pelancaran video muzik istimewa “Ubah Rocket Style” serta persembahan bertenaga artis jemputan.

Pilih PR perintah negara untuk bawa transformasi sebenar

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ini kerana selama hampir empat tahun janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melakukan satu demi satu program transformasi iaitu ekonomi, politik, pendidikan dan sosial dan jenayah, namun semuanya bukan membawa transformasi sebaliknya kepada kecacatan (deformasi) negara.

DAP cabar Menteri Dalam Negeri dedah bukti kematian tahanan dalam lokap

DAP mencabar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendedahkan bukti rakaman CCTV kematian K Nagarajan yang didakwa mati setelah terjatuh di dalam lokap ketika ditahan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Isnin lalu.

2013 tahun untuk Rakyat tukar kerajaan rasis, ekstrim

Jika Malaysia ingin kembali ke jalan yang lurus dari segi ekonomi dan hak politik, 2013 harus menjadi tentangan rakyat, bukannya menentang siapa yang lebih rasis dan ekstrim.

Zambry digesa jawab skandal tanah di Perak

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir digesa membatalkan pemberian tanah primer kepada kroni UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan menjelaskan kenapa tanah berkenaan diberi tanpa melalui proses tender terbuka.

Rahsia besar bakal gugat kuasa Najib: Siasat segera dakwaan Deepak – Gobind Singh Deo

DAP mendesak pihak polis menyiasat berhubung dakwaan saudagar permaidani, Deepak Jaikrishnan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya.

BN makin terdesak, undi boleh dibeli sebelum temboh kempen?

Pembongkaran tindakan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bersama Barisan Nasional (BN) melatih Orang Asli di Tapah mengundi parti itu baru-baru ini membuktikan dengan jelas BN semakin panik selain mengkhianati tugas murni institusi awam dan sistem demokrasi berparlimen negara ini.

Pasar ikan Kota Kinabalu daif, peniaga, pengunjung tidak puas hati

“Ketika di pasar, peniaga ikan dan operator bot nelayan menunjukkan kami bagaimana mereka memunggah hasil tangkapan. Memang memeranjatkan kerana mereka terpaksa memunggah ikan melalui tembok pada pagar besi yang sudah berlubang,”-Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Dr Hiew King Chew

Meriahkan Konsert “UBAH Rocket Style” 1 Januari 2013

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Teo Nie Ching, berkata konsert khas itu akan menayangan dan melancarkan video muzik parodi “Ubah Rocket Style” yang pasti akan mengujakan hadirin.

Senarai penuh Majlis Eksekutif Pemuda DAPSY 2012-2015

Sebahagian besar muka baru terpilih menerajui kepimpinan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) setelah pengundian peringkat kebangsaan diadakan pada 9 Disember lalu.