All posts in 'Berita' Subscribe

Isu anugerah lesen jalur lebar: Alasan SKMM tidak masuk akal-Tony Pua

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, keputusan SKMM tidak mengadakan bidaan bagi mendapatkan lesen jalur lebar adalah bertentangan dengan amalan terbaik antarabangsa.

Atasi segera kemerosotan sistem pendidikan supaya setanding negara maju – Guan Eng

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mendesak Muhyiddin memberi penjelasan berhubung kejatuhan dalam TIMSS yang tidak boleh diterima serta menarik balik kenyataan sebelum ini bahawa sistem pendidikan Malaysia lebih baik daripada UK, US dan Jerman.

Masalah ‘rakyat’ tanpa kerakyatan serius, diskriminasi BN berterusan

Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran berkata, sejumlah besar mereka tanpa ‘kerakyatan’ itu terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan majoritinya berketurunan India.

Transformasi cuma berjaya jika rakyat tukar kerajaan

Ahli Parlimen Seremban, John Fernandez berkata, BN mesti ditumbangkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti kerana rakyat sudah bosan dengan parti yang paling lama memerintah itu.

DAP sediakan pusat jagaan kanak-kanak sepanjang kongres

Setiausaha Penganjur DAP, Teresa Kok berkata, pusat jagaan itu akan dikendalikan sekumpulan professional berpengalaman bertujuan agar perwakilan dapat memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang kongres berlangsung.

Kongres Kebangsaan DAP ke-16 jadi pembuka bersejarah kempen “Seratus hari ke Putrajaya”

“Sudah pasti semua mata akan bertumpu kepada Kongres Kebangsaan DAP ke-16 bukan sahaja kerana kongres kali ini adalah yang terakhir tahun ini, juga seratus hari terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang dinanti-nantikan kerana sudah lama tertangguh.-Lim Kit Siang

Muhyiddin perlu jelas kemerosotan Malaysia dalam matematik, sains

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nuru Izzah Anwar dan Strategis Pilihanraya DAP, Dr Ong Kian Ming dalam kenyataan bersama hari ini mendakwa jurang markah antara pelajar lelaki dan perempuan dalam subjek berkenaan begitu ketara.

Cabar SPRM ikut langkah KPK Indonesia perangi rasuah – Kit Siang

Kit Siang mencadangkan SPRM mengikut jejak Komisi Pembanterasan Korupsi (KPK) Indonesia memperkenalkan pengubah-mainan dalam pencegahan rasuah supaya pemimpin politik dan penjawat awam mengisytiharkan kekayaan luar biasa yang tidak setara dengan gaji rasmi mereka.

CPI TI Malaysia lebih parah tahun depan kerana UMNO-BN sedia tabur berbilion ringgit untuk kekal kuasa pada PRU-13

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, rakyat Malaysia sepatutnya bimbang dengan kedudukan CPI yang akan menjadi lebih buruk kerana UMNO-BN akan amalan politik wang berterusan hingga ke satu paras baru sejarah negara tahun depan.

Isu Khalwat: The Star jatuh martabat macam Utusan Malaysia

“Mereka cuma mahu menggambarkan kepada orang bukan Islam bahawa PAS adalah parti politik yang ekstrim, begitu juga Utusan Malaysia yang menakutkan orang Melayu terhadap DAP,” – Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong