All posts in 'Berita' Subscribe

Bukan setakat Najib, Mahathir juga terdesak – Lim Kit Siang

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, berkata Dr Mahathir yang sudah bersara akhir 2003 selepas 22 tahun menjadi Perdana Menteri juga terpaksa bekerja keras kerana bimbang Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

Kerajaan BN dicabar ikut jejak Pulau Pinang laksana enam langkah integriti – Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata jika tidak melaksanakan enam integriti itu, Malaysia bukan saja gagal mencapai kemakmuran, juga gagal membongkar skandal kewangan yang terbaru bagi memastikan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparancy International (TI) bagi tahun depan tidak merudum.

Wanita DAP harus siap siaga terima cabaran-Chong Eng

Wanita DAP berikrar untuk memperkasa sayapnya memikul amanah parti dalam memartabatkan golongan wanita, berjuang mempertahan dan menjelaskan maklumat sebenar mengenai parti dan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih berhemah dan bertanggungjawab.

Cabar Najib minta maaf kerana rekod buruk rasuah – Kit Siang

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencabar Perdana Menteri, Najib Razak memohon maaf kerana rekod buruk dan kegagalan membanteras rasuah sehingga kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) Malaysia terendah dalam empat tahun berturut-turut sejak 2009 hingga 2012.

Syarikat kroni tidak berpengalaman bolot anugerah kawal jalur lebar

DAP mempertikai tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) minggu lalu yang menganugerahkan lesen dan kuota 40MHz jalur lebar (bandwith) untuk 4G-LTE kepada syarikat kroni Puncak Semangat yang dimiliki ahli perniagaan berpengaruh, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

“Golongan muda harus persiapkan diri, sedia tamatkan riwayat BN”- Anthony Loke

“DAPSY perlu jujur memperjuangkan agenda Malaysia melangkaui batas kaum serta mempertahankan kepentingan rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit, latar belakang agama mahu pun wilayah,” – Anthony Loke

Konsep 1Malaysia Najib tidak dapat sokongan pemimpin UMNO – Lim Kit Siang

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata, 1Malaysia kini hanya menjadi gimik untuk UMNO-BN memenangi PRU-13 bermula dengan pemberian kemeja-T 1Malaysia, buku nota 1Malaysia, tangki air 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan bantuan tunai BR1M.

Najib buat janji ‘kitar semula’ cuba perbodoh rakyat Pulau Pinang

DAP menganggap janji Perdana Menteri Najib Razak untuk membina sekurang-kurangnya 20,000 rumah mampu milik dan monorel di Pulau Pinang jika berjaya menawan semula negeri itu pada PRU-13 sebagai satu penghinaan terhadap rakyat negeri berkenaan.

PR tekad baiki kedudukan CPI Malaysia ke-30 dan ke atas jika menang PRU-13 dan tadbir Putrajaya – Lim Guan Eng

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, rakyat Malaysia pasti berpuas hati dengan usaha membanteras rasuah hanya apabila “ikan besar” berjaya didakwa serta perubahan asas diperkenalkan untuk memerangi rasuah.

PR tumpu menang lebih 4 juta pengundi ‘atas pagar’ untuk tawan Putrajaya – Kit Siang

“Pengundi baru bersama kira-kira 10 peratus pengundi atas pagar daripada PRU 2008 membentuk jumlah empat juta pengundi pada PRU-13. Mereka yang akan menentukan siapa yang akan memerintah di Putrajaya nanti,” kata Ali Parlimen Ipoh Timur dalam kenyataan medianya semalam.