All posts in 'Berita' Subscribe

Skandal tanah: UMNO Selangor salahkan sama sendiri

“Apabila mereka tertangkap, pemimpin UMNO kini lintang pukang menafikan pembabitan mereka dalam skandal tanah terbabit dan menyalahkan pemimpin lain,” ujar Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP.

MCA beli tanah murah, dapat pampasan mahal

Nie Ching juga menuntut MCA melalui pimpinannya termasuk Presidennya, Chua Soi Lek, Donald Lim dan terutamanya Chua Tee Yong untuk menjelaskan kepada umum bagaimana MCA dapat memiliki lot tanah itu pada harga yang terlalu murah dan berapa pula pampasan yang dibayar Kerajaan Persekutuan kepada mereka.

“BN gelabah kaji royalti minyak Sabah yang dinafi lebih 30 tahun lalu”- Dr Hiew King Cheu

Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Dr Hiew King Cheu berkata, sejak lima tahun mulai 2008 hingga 2012, Sabah cuma menerima sekitar RM4 juta, Sarawak sebanyak RM10.4 juta manakala Terengganu RM11.6 juta.

Utusan fitnah lagi, Guan Eng terpaksa saman

Guan Eng akan mengarahkan peguamnya untuk memfailkan saman malu terhadap Utusan Malaysia kerana menyiarkan berita fitnah terhadap beliau kononnya beliau telah menerima rasuah.

Mahukah rakyat Pulau Pinang dengan Ketua Menteri yang memperlekehkan Islam?

Bagi Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari, kenyataan Teng itu jelas menunjukkan beliau memperlekehkan Islam sebagai agama persekutuan demi kepentingan politik sempit.

Pulau Pinang batal jual tanah Taman Manggis kepada BN – Lim Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Exco negeri, semalam kerana Teng dan BN Pulau Pinang tidak ikhlas untuk membina PPR atau rumah kos rendah untuk sewa.

Islamisasi Pulau Pinang: Teng Chang Yeow dedah belang perkauman.

Zairil yang juga Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut menambah bahawa langkah Kerajaan Negeri meningkatkan peruntukan berkali ganda untuk hal ehwal agama Islam adalah langkah yang baik dan harus dilakukan untuk menaikkan martabat agama persekutuan.

Kedudukan CPI Malaysia masih teruk – Lim Kit Siang

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, berdasarkan CPI terbaru dikeluarkan Transparency International (TI) membuktikan kedudukan ke-54 daripada 176 negara itu masih teruk berbanding kedudukan ke-33 daripada 102 negara pada 2002.

DAPSY serah dokumen hak milik tanah ‘skim cepat kaya’ BN Selangor.

Pemuda DAP (DAPSY) Selangor hari ini menyerahkan dokumen berkaitan skandal pemilikan 24 bidang tanah pada harga rendah oleh parti komponen Barisan Nasional di Selangor, kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM, Peguam Negara wajar utama banteras rasuah `ikan jerung’ – Kit Siang

Lim Kit Siang, berkata adalah lebih baik Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mengadakan kursus mengenai rasuah terlebih dahulu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kalangan Menteri Kabinet dan pegawai tinggi kerajaan berbanding kepada Ahli Parlimen.