All posts in 'Berita' Subscribe

Kerajaan Malaysia ‘rosak’, mesti ‘dibaiki’ – Kit Siang

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata terdapat banyak perkara yang menyebabkan kerajaan Malaysia sudah rosak antaranya badan kehakiman tidak bebas sepenuhnya serta kelemahan pada beberapa institusi utama seperti Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Lapangan Terbang Bayan Lepas: Bumbung pun belum pasang

Kerajaan Negeri Pulau Pinang kecewa dengan pengakuan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kononnya projek naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas sudah hampir siap sepenuhnya sedangkan banyak lagi yang belum selesai.

Seksis: Wakil Rakyat UMNO-BN Celupar, Hina Wanita

Tindakan Mohd Isa dipetik berkata “…jangan sampai lupa jaga hutan diri you sendiri” itu secara langsung menjatuhkan imej beliau dan maruah partinya BN.

DAP desak kerajaan laksana ruang mesra ibu bekerja

Nie Ching sambil mendukung anaknya, Ginger yang berusia hampir empat bulan, berkata setakat ini hanya 71 pusat jagaan kanak-kanak disediakan di pejabat dan agensi kerajaan dan 20 pusat di sediakan pihak swasta.

Wanita DAP Selangor mahu lebih banyak calon wanita bagi PRU13

Demi mengangkat martabat dan merealisasikan matlamat satu pertiga pembuat dasar terdiri di kalangan wanita, Wanita DAP Selangor mencadangkan parti supaya meletakkan lebih ramai calon wanita untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Bukan sahaja rosak, malah tidak boleh dibaiki – Tony Pua

Tony Pua dalam kenyataan medianya berkata demikian sambil mengulas tindakan penjualan tanah secara berleluasa pada harga yang teramat murah seperti yang didedahkan ADUN DAP Sekinchan, Ng Swee Lim.

“Belajar daripada kesilapan lalu, selesai segera pembahagian kerusi…”- Jimmy Wong Sze Phin

Beliau yang popular dengan jolokan Tiger Wong kerana kelantangan beliau menyuarakan hak rakyat, berkata DAP Sabah sudah hampir 100 peratus bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

BN mesti batal Lynas jika rakyat didahulukan

DAP menyokong penuh segala usaha mempertahan dan memelihara alam sekitar termasuk mendesak kerajaan BN menghentikan segera operasi pusat pemprosesan nadir bumi Lynas, di Kuantan yang berisiko menyebabkan pencemaran radio aktif.

Najib, lepaskan jawatan Menteri Wanita jika tak mampu jamin keselamatan, hak wanita

Naib Pengerusi Wanita DAP Pulau Pinang, berkata, Najib perlu melepaskan jawatan “Menteri Wanita” jika masih malu atau enggan menangani serta mengulas tentang isu-isu jenayah, keganasan dan hak-hak wanita.

Ekonomi Cemerlang: Negeri BN Gagal Saingi Selangor

Selangor mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi berbanding negeri lain diikuti Sabah dengan nilai pelaburan RM4.84 bilion membabitkan 22 projek dan Sarawak sebanyak RM4.635 bilion dengan 20 projek.- Teresa Kok