All posts in 'Berita' Subscribe

BN masih gagal bela masyarakat India – M. Kulasegaran

Kulasegaran menjelaskan bahawa siapa sahaja samada individu mahupun komuniti tertindas harus mendapat pembelaan tanpa mengira batas bangsa, agama maupun kelas dalam mencapai matlamat negara maju seperti Malaysia.

Halang AES kerana tidak mahu rakyat jadi mangsa ‘penghisap darah’ – Guan Eng

Ketika menggulung perbahasan Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, hari kini, Setiausaha Agung DAP itu juga menganggap projek pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) lebih bersifat kroni bagi memastikan kroni tertentu mengaut keuntungan sedangkan rakyat menderita.

Guan Eng nafi fitnah pembangkang mengenai pejualan tanah di Pulau Pinang

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyangkal tuduhan pembangkang UMNO/BN di negeri itu berhubung beberapa perkara termasuk mendakwa kerajaan negeri bergantung sepenuhnya kepada hasil berkaitan tanah dan penjualan tanah.

Pemasangan sistem AES, Menteri Pengangkutan dakwa tidak tahu apa-apa

Guan Eng juga menyifatkan Menteri Pengangkutan itu sebagai “burung unta yang cuba menyorokkan kepalanya di dalam pasir” dan menyarankan menteri terbabit meletakkan jawatan.

Kumpulan penyokong AES diupah berdemo akhirnya ‘hilang’

Kumpulan penyokong Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang berdemonstrasi dan menyerahkan memorandum ketika hari pertama persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang menghilangkan diri setelah diajak berdialog bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

UMNO dikejar “dosa dan bayang-bayang Memali”

Dalam satu kenyataannya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP tidak pernah pun melancarkan perang terhadap Islam sebaliknya kerajaan BN sendiri bertanggungjawab ke atas pembunuhan orang Islam dalam tragedi berdarah Memali, Kedah pada 1985.

Kongres DAP Kebangsaan akan diadakan di Pulau Pinang

Kongres DAP peringkat Kebangsaan ke-16 akan diadakan di Pulau Pinang pada 15 hingga 16 Disember 2012.

Ahli DAP usah layan media milik UMNO

“Cubaan Utusan Malaysia untuk melaga-lagakan orang Islam dengan bukan Islam dengan melabelkan DAP sebagai “kafir harbi” telah gagal apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan fatwa yang menggelarkan orang bukan Islam sebagai “kafir harbi” Lim Guan Eng

RM40 juta: Mengapa Musa Aman diam membisu?

Insiden cubaan seludup RM40 juta sebagai dana untuk UMNO Sabah adalah bukti jelas bahawa Barisan Nasional (BN) tidak boleh lagi dipercayai untuk terus mentadbir Malaysia, demikian kata Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu, Dr Hiew King Cheu.

Tujuh cadangan yang dilupakan, komuniti India wajar tolak BN- M. Kula Segaran

Masyarakat India wajar menolak BN pada Pilihan Raya Umum akan datang kerana gagal membela golongan minoriti itu yang dilanda pelbagai masalah sosio ekonomi walaupun sudah memerintah lebih lima dekad.- M.Kula Segaran