All posts in 'Berita' Subscribe

Selcat akan dengar lagi kes tuduhan salah guna kuasa, bukti Pakatan telus

Pengerusi Selcat Datuk Teng Chang Khim berkata, kesemua pendengaran awam ini akan diadakan dalam tempoh tiga hari bemula 5 Mac ini.

Najib lawat Sabah tapi tak berani janji atasi isu pendatang haram

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, rakyat Sabah terutamanya dan rakyat Malaysia umumnya berhak untuk mengetahui kenapa Perdana Menteri tidak menyentuh sama sekali isu pendatang tanpa izin ini dalam lawatannya ke Sabah semalam.

Bayan Mutiara: Pemaju akui menang projek melalui tender terbuka, bukti pemimpin UMNO bohong

Dalam satu kenyataan akhbar, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif IPGB, Datuk Low Eng Hock, menyatakan syarikatnya bangga apabila memenangi tender terbuka itu yang ditawarkan pada harga RM240 untuk satu kaki persegi atau nilai penuhnya RM1.072 bilion.

Hutang kerajaan Malaysia semakin parah

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, pertambahan hutang – yang terpaksa dibayar oleh generasi akan datang tanpa mengira kerajaan mana yang memerintah – semakin parah.

Graduan lulus cemerlang dipinggirkan oleh kerajaan UMNO-BN

Adun DAP Kampung Tunku Lau Weng San berkata, dasar diperkenalkan kerajaan UMNO-BN pada 2010 adalah sangat tidak adil buat graduan yang lulus cemerlang sebelum dasar itu diperkenalkan.

Bekas ketua Petronas kini tokoh korporat di Singapura

“Ini adalah amat sedih terutamanya apabila Tan Sri Hassan diangkat sebagai seorang pemimpin yang telah meletakkan Petronas ke dalam senarai syarikat gas dan minyak antarabangsa seperti hari ini,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan semalam

Pendirian DAP tentang Israel

Bendahari Pemuda DAP Pulau Pinang Steven Sim berkata, pemimpin-pemimpin DAP selama ini berada di barisan hadapan di Malaysia untuk mengutuk segala kekejaman dan kezaliman terhadap rakyat Palestin.

Hutang kroni beratus juta guna wang rakyat, kerajaan Najib kata tak perlu bayar?

Tony Pua berkata, Tajudin Ramli kini bebas begitu sahaja bebas daripada kewajipan yang diarahkan mahkamah untuk membayar balik jumlah itu tidak termasuk kadar faedah kepada Pengurusan Danaharta Bhd, sebuah agensi yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan.

Lagi silap kerajaan UMNO-BN, beli gula lebih tinggi dari harga pasaran dunia

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, keputusan kerajaan UMNO-BN untuk mengimport gula pada harga US$26 per 100 paun – sedangkan harga terakhir Disember 2011 adalah US$23.42 per 100 paun – menyebabkan kerugian besar dan menambah beban subsidi.

Beranikah Najib menurut kata-kata menterinya sendiri?

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Barisan Nasional patut peka bahawa RM250 juta digunakan Shahrizat dan keluarganya untuk perbelanjaan peribadi itu adalah dari dana umum duit rakyat.