All posts in 'Berita' Subscribe

Pakatan setuju pinda Perlembagaan untuk bolehkan dakwat kekal

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Pakatan akan menyokong sebarang pindaan Perlembagaan untuk perkara itu jika itu yang dimahukan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Benarkah Najib pemimpin sederhana?

“Bolehkah Najib menjadi Perdana Menteri yang sederhana sedangkan beliau membenarkan Utusan Malaysia memfitnah, menimbulkan kebencian kaum dan agama serta membuat tuduhan tidak berasas bahawa DAP mempunyai konspirasi menubuhkan negara Kristian?

MCA hina rakyat Malaysia di luar negara

Guan Eng yang juga Adun Air Puteh berkata, setiap rakyat yang memegang pasport Malaysia tetap merupakan rakyat Malaysia dan berhak untuk mengundi.

Projek terowong, jalan raya hubungkan Pulau Pinang dan tanah besar akan dibina

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, ini merupakan projek pembangunan terbesar oleh kerajaan Pulau Pinang yang bakal menjadikan negeri itu sebagai bandar pintar tidak sampai satu dekad lagi.

DAPSY mahu umur pengundi 18 tahun, pendaftaran automatik

Menurut DAPSY, pada masa ini umur 18 tahun sudah dianggap dewasa untuk menjalani latihan khidmat negara (PLKN), berkahwin dan diadili di mahkamah sebagai seorang dewasa, sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun perlu diberi kelayakan untuk mengundi.

Mat Rempit, pengayuh beca bebas berdemonstrasi di Pulau Pinang

“Negeri mana dalam Malaysia yang bebas untuk demonstrasi? Nampaknya setakat ini di Pulau Pinang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, rakyat bebas berdemonstrasi, bersuara dan berekspresi.”

Mengapa Pulau Pinang tak akan bubar DUN jika PRU tahun ini

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkeras untuk mengadakan PRU pada akhir tahun ini, Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan menganjurkan satu konvensyen khas untuk mengesyorkan supaya pilihan raya negeri tidak akan diadakan bersama dengan PRU.

Anwar sekali lagi menjadi mangsa

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur mengulas siasatan terbaru polis terhadap Anwar berasaskan laporan oleh pegawai polis DSP S. Shanmugan Moorthy yang mendakwa kononnya member maklumat palsu dalam kes video seks itu, dan dengan itu dikaitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Siasat segera barang makanan Kedai 1Malaysia

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, ia adalah isu kesihatan yang perlu segera diambil tindakan oleh Menteri Kesihatan untuk memastikan rakyat tidak menjadi mangsa keracunan makanan.

Tolak politik api-apikan perkauman

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad berkata, ajaran Islam sebenarnya menggalakkan umatnya untuk lebih memahami dan menghormati hak-hak orang bukan Islam, dan bukan bermusuhan atau benci-membenci.