All posts in 'Budaya' Subscribe

Erah – Bahagian Kelima – Oleh Mazir Ibrahim

“Gua susah hati la ini macam, susah-susah lu sama Erah ajar ini budak, sekarang dia sudah berhenti sekolah, tak mau belajar, wa malu sama lu Amad,” keluh Wang Chu kepada Ahmad Jalil ketika duduk minum kopi di warung.

Mencari makna diri dalam berTuhan – Oleh Muhd Nazreen

Mungkin idea saya ini salah atau benar. Terpulanglah kepada para pembaca memberi nilai masing-masing. Manusia secara lumrahnya akan merasakan diri mereka berTuhan dalam mencari pemaknaan terhadap diri. Ini pilihan dan fahaman masing-masing.

Mencari diri – Oleh Amaluddin Zhafir

Idea Schopenhauer berhubung will-to-live (daya/kehendak untuk hidup) ialah, apabila kita sebagai makhluk cuba berfikir mengenai tujuan kehidupan, kita akan berakhir dengan kesimpulan bahawa tiada sebarang tujuan dalam kehidupan ini, yang juga bermaksud tiada sebarang undang-undang dan objektif dalam alam ini.

Kisah dua gerai – Oleh Mazir Ibrahim

Pengunjung yang makan rojak akan memesan minuman di kedai Cina, iaitu di sebelah kedai Muslim ini. Itu hubung kaitnya.

Erah IV – Oleh Mazir Ibrahim

Sehinggalah suatu petang Ahmad Jalil berbisik kepadanya. “Kau memang rajin Chu tapi janganlah sampai lupa anak isteri. Aku kesian pada San, dia selalu ponteng sekolah sebab tak buat kerja sekolah, dia tak tahu membaca dan menulis. Tapi kau jangan bimbanglah. Erah boleh tolong ajar dia menulis, membaca.”

Korporat gergasi rosakkan nama baik pasaran bebas – Oleh Fairuz Azhan

Masalah di Amerika Syarikat sekarang ialah rata-rata ahli politik yang membahaskan rang undang-undang itu tidak tahu banyak tentang internet. Mereka kebanyakannya adalah golongan politikus yang sudah berumur dan jarang menyentuh papan kekunci (semuanya dilakukan oleh pembantu mereka)

Mencari Tuhan II – Oleh Firdaus Zolkifli

Permulaan Das Kapital lagi Marx telah menekankan secara awal terhadap konsep keterasingan. Labah-labah berupaya menghasilkan karya yang hebat, bahkan melampaui kemahiran manusia itu sendiri, namun usaha yang dilakukan oleh labah-labah itu bukan kehendaknya, labah-labah itu tidak ada sejarah akan kemahiran menenun.

Erah – Bahagian III – Oleh Mazir Ibrahim

Hanya dengan bernikah sahaja, semua cerita-cerita kotor ini akan berhenti. Namun, hati Wan Milah agak bimbang kerana dia tidak tahu keadaan dan kemampuan Jamian, bakal menantunya itu. Jamian sekadar pemandu lori getah, apakah Jamian mampu menyara Erah? Adakah Jamian sudah bersedia? Wan Milah sangat runsing.

Mencari Tuhan Bah. I – Oleh Firdaus Zolkifli

Hal-hal yang bersangkut dengan agama seperti surga, neraka, malaikat tidak mempunyai kenyataan pada dirinya sendiri, melainkan gambaran-gambaran yang dibentuk manusia tentang dirinya sendiri, dan angan-angan manusia tentang hasratnya yang tidak terpenuh.

Siapa dia? – Oleh Asi Dani

“Kau nak biar macam kes kapal selam kita tu ke? Blogger sesat mana entah tiba-tiba diberi akses pada aset penting negara, macam kita ni dah tak ada etika, tak ada undang-undang,” perli aku sambil tersengih memandang Razak.