All posts in 'Budaya' Subscribe

Erah – Bahagian Kedua – Oleh Mazir Ibrahim

Ladang getah tempat Erah bekerja itu milik oleh satu keluarga Cina, manakala keluarga Azam Kundur merupakan satu-satunya orang Melayu yang memiliki ladang getah di kawasan itu. Haji Kundur adalah orang kaya dan hartawan di kampung Sungai Kelah, semua penduduk di situ cukup segan dengan keluarganya.

Erah – Oleh Mazir Ibrahim

“Jam, jangan buat mak macam ni. Mak takut kalau Jam sakit ke, siapa nak tolong kita nanti kalau kita susah,” pesan Erah kepada Jamsari dalam nada suara penuh kerisauan.

Demi perjuangan bangsa – Oleh Daing Yahya

Jika kami yang memerintah Pulau Pinang, sudah tentu gaji guru-guru KAFA ini tidak akan dinaikkan kerana guru-guru tersebut seharusnya mengajar ikhlas tanpa mengharapkan imbuhan wang. Wang kerajaan dapat dijimatkan untuk perkara-perkara yang lebih penting, misalnya untuk penternakan lembu nasional.

Sukan vs politik – sukan sering menjadi mangsa – Oleh Fairuz Azhan

Bekas pengurus Barcelona Sir Bobby Robson pernah berkata, “FC Barcelona bukan sekadar kelab bola sepak tetapi mewakili aspirasi warganya. Ia merupakan askar Catalunya.” Ia sepadan dengan moto kelab itu “més que un club” yang bermaksud lebih dari sekadar sebuah kelab.

Anak muda, idealisme dan ahli politik – Oleh Mazir Ibrahim

Contohnya, saya secara peribadi menerima hak golongan gay dan lesbian, tetapi dalam konteks umumnya saya tidak bersetuju bahawa mereka harus diberi apa-apa hak istimewa di bawah perlembagaan negara seperti undang-undang berkahwin.

“Anak kecil main api” – Oleh Mazir Ibrahim

Sampai bilakah karya kita dan pemikiran masyarakat kita akan dibelenggu dengan mentaliti perkauman? Ia bukan sekadar di kalangan Melayu, sebaliknya kaum-kaum lain termasuk Cina dan India, yang sama ada dari asalnya curiga dengan Melayu atau sejak dekad-dekad kebelakangan ini, bertindak balas dengan bersifat rasis sebagai reaksi terhadap politik perkauman Melayu.

Jaga-jaga dengan kaum itu… – Oleh Asi Dani

“Lawaklah kau ni. Kau kena hati-hati dengan politik Cina ni. DAP ke…MCA ke…Gerakan ke…semua tu sebenarnya satu kepala, dia orang geng baik tu. Kita kena hati-hati, kena bersatu.”

Konsert Search di sebuah funfair – “ pergilah, buatlah…” – Oleh Subari Rumi

Ibu hanya tersenyum sambil berkata “Kalau kau nak buat baik, mesti ada ilmu. Kalau nak buat jahat pun mesti ada ilmu, jangan buat benda yang kau tak tahu, nanti kau sesat”.

Satu nyawa untuk sebuah kereta – Oleh Asi Dani

“Preet..!” bunyinya ketika dilenyek oleh sebuah trak berwarna kuning, jenis Storm. Dan, trak itu terus berlalu meninggalkan kucing yang mati di situ juga.

Siapa dan apa yang lucah – Oleh Mazir Ibrahim

Jika nada yang mengerang seperti “ahhh…uuuhhhh..auww” sudah tentu, bangsa mana yang mendengarnya akan tersenyum dan sangsi dengan bunyi itu. Ini nilai sejagat, bukan hanya nilai dalam budaya Melayu sahaja.