All posts in 'Isu Semasa' Subscribe

Sikap Mahathir mengejutkan, rasis lagakan Melayu dan Cina

Daruk Seri Najib Razak bercakap mengenai keperluan terhadap suatu program “perdamaian kebangsaan”, namun jika dikaji terhadap ucapan dan kenyataan yang dibuat ketika dan selepas PRU-13, beliau tidak sangsi kajian itu mendapati semua ucapan rasis dan cauvinis yang mengapi-apikan ketegangan kaum dan kebencian datangnya daripada UMNO/BN, sama ada daripada pemimpin atau lidah rasmi dan tidak rasmi mereka, termasuk Mahathir sendiri.

Drama Interlok: Menteri bakal bunuh ‘kerukunan nasional’ Najib

“Sampai bila rakyat Malaysia harus hidup dalam bayang-bayang perkauman? Bila Interlok menjadi kontroversi pada 2010, ianya bukan sahaja membabitkan masyarakat India malah turut membabitkan masyarakat Cina,” kata Kulasegaran.

BN perlihat wajah sebenar seakan Hitler

“Tindakan BN menjadikan keputusan pilihanraya sebagai isu perkauman bukan sahaja tidak bertanggungjawab dan merbahaya malah memperlihatkan wajah sebenar mereka yang sangat cela dengan ideologi perkauman, seperti yang diamalkan oleh pemimpin Nazi Adolf Hitler dan rejim apartheid Afrika Selatan.”

Tuduhan DAP rasis oleh Mahathir cuba perlekeh kebolehan berfikir Melayu

Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu seolah-olah dihina dan dianggap tidak boleh berfikir apabila wujud sekelompok manusia yang mempropagandakan bahawa UMNO yang memperjuangkan “ketuanan Melayu” dianggap tidak perkauman (rasis) tetapi DAP yang berjuang malah terpenjara akibat membela rakyat tanpa mengira kaum dianggap sebuah parti perkauman.

Utusan Malaysia bohong, mahu DAP ‘diharamkan’

Menurut Loke, Utusan Malaysia semakin melampaui batas walaupun pihak ROS sendiri masih belum membuat apa-apa keputusan.

“Sampai bila Utusan Malaysia mahu berbohong?”, katanya.

Kabinet Najib perlu putuskan sokongan penubuhan IPCMC

Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bermesyuarat hari ini perlu memutuskan samada menyokong atau menolak cadangan penubuhan Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

UMNO/BN biaya Pasukan DDD untuk musnahkan DAP

Konspirasi yang dibiayai UMNO/Barisan Nasional (BN) untuk memburuk dan menghancurkan DAP (Pasukan DDD) yang dikawal “bilik perang” PRU-13 UMNO/BN telah digerakkan pada September tahun lalu iaitu lapan bulan sebelum Parlimen dibubar pada April lalu.

Hanya IPCMC mampu elak kes tahanan mati dalam lokap

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, hanya dengan menubuhkan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) kes tahanan mati dalam tahanan polis dapat dielakkan.

ROS tidak beretika, sebabkan prejudis melalui media – Anthony Loke

Utusan Malaysia, akhbar milik UMNO menyiarkan tuduhan kononnya ‘Ahli DAP dinafikan hak mengundi’ sebagai tajuk berita muka depannya hari ini, lantas menghadirkan prasangka tidak baik terhadap DAP yang baru sahaja diminta mengemukakan bukti kepada ROS semalam.

Bukti 50 tahun BN gagal sediakan akses jalan raya di Sarawak

DAP terkejut dan kesal dengan tragedi bot ekspres yang karam di Sungai Rajang dekat Belaga, pagi semalam mengakibatkan 23 penumpang masih hilang ketika operasi mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan kerana waktu malam.