All posts in 'Isu Semasa' Subscribe

“Saya kecewa perkhianatan UMNO terhadap Ghani”: Kit Siang

Beliau berkata, pilihan raya umum sepatutnya tidak dianggap sebagai pertandingan kalah mati, dan mengakui Abdul Ghani memberi sumbangan tidak ternilai kepada pembangunan dan kemajuan Johor, kemampuannya sepatutnya diserap kerajaan Persekutuan kerana masih boleh memberikan khidmat dan sumbangan.

Karpal Singh buat laporan polis dakwa Mohd Noor keluar kenyataan berunsur hasutan

Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee, di sini, kerana bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan akhir minggu lalu.

Khalid Ibrahim lafaz 10 akujanji sebagai MB Selangor

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Istana Alam Shah.

DAP tidak berhasrat serta BN untuk ganti MCA: Kit Siang

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mengulangi pendiriannya bahawa DAP tidak berhasrat menyertai Barisan Nasional (BN) untuk menggantikan MCA kerana perjuangan parti itu bukan hanya untuk kaum Cina sebaliknya untuk semua rakyat Malaysia, termasuk Melayu, India, Kadazan dan Iban.

Najib tidak patut salahkan pengundi Cina

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak patut bertanya kenapa pengundi Cina tidak menyokong MCA, sebaliknya bertanya kenapa pengundi Melayu mahu mengundi sebuah parti yang diketuai pemimpin yang begitu terkenal seperti Chua Soi Lek.

Guan Eng angkat sumpah Ketua Menteri untuk penggal kedua

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih, Lim Guan Eng hari ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk penggal kedua.

DAP tetap menjunjung Perlembagaan Persekutuan

DAP tetap menjunjung Perlembagaan Persekutuan yang mendaulatkan Raja-Raja Melayu, memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera, mempertahankan Islam sebagai agama rasmi dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Cadang tubuh suruhanjaya bebas siasat tragedi 13 Mei 1969

Kit Siang yang juga Ketua Parlimen DAP berkata, beliau meminta suruhanjaya itu yang keahliannya termasuk wakil bukan Ahli Parlimen yang dihormati dalam bidang masing-masing, yang antara lain untuk mengenal pasti punca rusuhan 13 Mei dan mencadangkan bagaimana untuk mencegah rusuhan kaum berulang pada masa depan dan menghentikan masalah polarisasi kaum di Malaysia.

Pilih PR yang utamakan pekerja tempatan dengan gaji minimum RM1,100 sebulan

Rakyat Malaysia mempunyai pilihan samada mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini, untuk memilih kerajaan terus merudum dalam timbunan hutang dan mengambil risiko menjadi negara yang bankrap atau melakukan perubahan kepada sebuah kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang mengutamakan pekerja tempatan dengan dasar gaji minimum RM1,100 sebulan sebagai langkah menuju sasaran pendapatan isi rumah minimum RM4,000 dalam lima tahun pertama.

Asoghan dipecat parti, tidak wajar salah guna jawatan

Laporan akhbar The Star yang mendakwa kononnya pemimpin akar umbi DAP menyokong seruan untuk tidak mengundi PAS adalah salah kerana Asoghan Govindaraju telah dipecat daripada parti.