All posts in 'Kenyataan Akhbar' Subscribe

Menangani Masalah 3C Di Pulau Pinang Ke arah Pulau Pinang Yang Lebih Bersih, Lebih Hijau Lebih Selamat Dan Kurang Sesak.

Ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Dalam Mesyuarat Am Tahunan(MAT) DAP Cawangan Air Putih Di Pulau Pinang …

Kerajaan sepatutnya membantu rakyat bukan membantu Felda dengan meningkatkan keuntungan perniagaan gulanya sebanyak RM232 juta pada tahun 2010 dengan kenaikan harga gula

Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng pada 23 Mei 2011 di Kuala …

Takziah, bantuan untuk mangsa tanah runtuh dari Lim Guan Eng

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang, Setiausaha-Agung DAP Dan Ahli Parlimen Kawasan Bagan Lim Guan Eng Di Kuala Lumpur …

Isu Wanita bukan sandiwara tapi komitmen

Baru-baru ini, saya telah menerima keluhan daripada para ibu-ibu muda yang berkerjaya. Ibu-ibu muda bekerjaya ini ramainya mempunyai tanggungjawab lain selain pekerjaan mereka, termasuklah menjaga anak-anak yang masih kecil, dan menjaga orang tua yang sering sakit.

Mereka memohon supaya Kerajaan dapat menyediakan perkhidmatan pusat jagaan kanak-kanak yang berkualiti dan pusat-pusat ini perlu dipantau supaya memenuhi syarat-syarat bagi menjamin kesejahteraan kanak-kanak yang ditempatkan di situ. Ibu-ibu muda bekerjaya ini juga menyeru supaya wanita bekerja diberikan cuti tambahan serta elaun penjagaan anak.

Anak-anak merupakan aset negara, Kerajaan sepatutnya tidak boleh membiarkan tanggungjawab ini pada ibu dan bapa semata-mata tetapi ia mempunyai peranan dalam memastikan anak-anak membesar dengan baik dan boleh menyumbang kepada masyarakat kelak.

Sokongan Bumiputera untuk DAP dalam Pilihanraya Negeri Sarawak 2011.

Yang menariknya, purata sokongan Bumiputra yang melebihi 30% untuk DAP adalah lebih tinggi daripada sokongan yang diterima MCA dan Gerakan di kalangan pengundi Cina di Semenanjung Malaysia semasa Pilihanraya Umum 2008. Dalam erti kata lain, sokongan Bumiputra Sarawak untuk DAP adalah lebih tinggi daripada sokongan Cina untuk MCA dan Gerakan di Semenanjung.

Datuk Seri Abu Kassim Mohamed digesa undur daripada SPRM sehingga kes Ahmad Sarbani selesai

DAP mencadangkan agar Datuk Seri Abu Kassim berundur daripada memegang

jawatan sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia

(SPRM) sehingga siasatan kes kematian Penolong Pengarah Kastam Ahmad

Sarbani Mohamed diselesaikan. DAP menghormati usaha Datuk Seri Abu

Kassim untuk cuba membersih dan mengembalikan beberapa profesionalisme

ke dalam SPRM yang telah hilang kepercayaan daripada rakyat selepas

kematian Setiausaha Politik DAP, Teoh Beng Hock yang pada ketika itu

adalah di bawah mantan Pesuruhjaya SPRM.

Datuk Seri Abu Kassim dilihat kurang berjaya dalam pelaksanaannya

kerana terlalu berahsia tentang prosedur dan cara operasi SPRM, campur

tangan oleh Jabatan Peguam Negara dan juga Kerajaan Persekutuan serta

sikap “double-standard” badan tersebut yang gagal untuk mengambil

tindakan ke atas salah laku dan amalan rasuah oleh beberapa pemimpin

BN termasuk Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Keputusan Utusan Malaysia memecat Hata Wahari memaparkan satu lagi tindakan UMNO mengongkong kebebasan akhbar dan mengaibkan hak rakyat menerima kewartawanan yang berhemah tinggi.

Teresa Kok berasa kesal di atas keputusan akhbar Utusan Malaysia untuk memecat wartawan kanan dan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari. Hata telah dipecat kerana berani mengkritik tindakan Utusan Malaysia yang sengaja mengapi-apikan sentimen perkauman melalui penerbitannya dan mengambil pendirian yang berat sebelah terhadap UMNO di dalam laporan politiknya.

Tindakan Utusan Malaysia ke atas Hata sudah lama dijangka dan tidak menghairankan banyak pihak kerana dasar kewartawanan Utusan Malaysia memang tidak berlandaskan fakta dan kejujuran tetapi lebih berdasarkan pemeliharaan keperluan politik UMNO.

Media Yang Bebas Dapat Tegakkan Demokrasi, Keadilan, Kebenaran, Dan Integriti Yang Kurangkan Rasuah Dan Penyelewengan.

Sempena Hari Kebebasan Media Sedunia, DAP menuntut agar Kerajaan Persekutuan segera memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang memaksa semua penerbitan membaharui permit setiap tahun serta yang memberi kuasa penuh kepada pemerintah untuk menggantung atau membatalkan permit tanpa sebarang alasan kukuh.

Sebaliknya suatu Akta Kebebasan Maklumat atau Freedom of Information(FOI) harus digubalkan untuk menggantikan undang-undang kejam ini yang tidak relevan lagi dalam dunia tanpa sempadan di mana ekonomi kian berteraskan maklumat dan pengetahuan. Kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah mulakan usaha FOI di Selangor dan Pulau Pinang.