All posts in 'Rencana' Subscribe

Si Luncai terjun gaya bebas

Banyak perkara yang dapat kita insafi daripada ISMA ini dan ia bukan soal bikini Dyana Sofya atau gambar makan malamnya bersama Ibrahim Ali. Pemakaian tudung bukanlah isu yang menindas rata-rata kaum Melayu (dan rakyat Malaysia umumnya) tetapi isu mendesak ialah korupsi dan politik wang.

Tiga hari, tiga rusuhan, tiga tempat; tiada tindakan? Mana sasaran seterusnya? – Lim Lip Eng

Persoalan yang timbul kini ialah ke mana pula mereka akan bertindak tidak rasional dan ganas selepas ini? Adakah mereka akan merusuh di pejabat DAP Selangor, atau adakah mereka akan merusuh di DUN Selangor pula?

Bukit Gelugor di hari terakhir kempen – Aedi Asri

Suasana pagi Sabtu di Pasar Air Itam cukup sesak. Orang ramai membeli barang keperluan, kedai-kedai kopi penuh dengan pelanggan. Beberapa petugas DAP pula sibuk mengedarkan risalah. Hari ini adalah hari terakhir kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Bukit Gelugor yang bermula 13 Mei lalu.

Simpanlah UiTM kamu itu dalam kelambu – Anak Mami Di Perantauan

Bukan itu sahaja, apa kata kembalikan UiTM kepada asalnya. Ya, hadkan kemasukan untuk anak-anak keluarga miskin sahaja. Yang kaya berharta, penyokong UMNO belaka kan tidak mahu pendidikan percuma? Nah, apa susah; suruhlah yang kaya berharta ini semua masuk institusi swasta.

KOMENTAR ROKETKINI: Mengapa Dyana diserang sebegitu rupa?

Reaksi UMNO-BN dalam kempen ini agak luar biasa. Mereka seolah-olah tergamam dengan pencalonan DAP yang meletakkan seorang wanita muda yang mahu memperjuangkan nasib rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Fenomena Teluk Intan: Peluang pengundi buat pilihan segar – Fairuz Azhan Amirruddin

Sekiranya DAP memberikan peluang kepada seorang wanita 27 tahun ke Parlimen, jelas ia memberikan peluang kepada sesiapa jua asalkan berani dan sanggup berusaha tanpa melihat warna kulit.

UMNO dimaki setiap hari, kenapa hairan? – Anak Mami Di Perantauan

Barangkali mereka lupa, rakyat menghamburkan kata makian terhadap UMNO saban hari, hampir sahaja setiap masa; dan tidak terhad kepada “UMNO celaka.” Setiap kali mengisi minyak, membayar cukai, membayar bil elektrik, membeli keperluan harian, rakyat seluruh Malaysia semuanya maki UMNO.

Drama Calon Bebas Bukit Gelugor Melanggar Kereta Ketua Menteri

Tindakan liar beliau sengaja menendang dan “melanggar” kenderaan rasmi Ketua Menteri merupakan satu kesalahan mengganggu Ketua Menteri sebagai penjawat awam. Akan tetapi pihak keselamatan tidak berniat untuk mengambil tindakan ke atas Abu Backer yang bertindak liar ini kerana tidak mahu terlibat dalam cara kempen beliau.

Siapa kata Dyana lawan hudud? – Anak Mami Di Perantauan

Di saat kes khalwat dihakimi dengan kesaksian kaki-kaki skodeng dan kes-kes mahkamah syariah yang lambat mengalahkan siput dan mengakibatkan masalah keluarga banyak pihak, bukan hukumnya yang menjadi isu, tetapi mekanisme pelaksanaannya.

Penindasan ilmu membantutkan perkembangan bangsa – Zairil Khir Johari

Pada saya, perkara yang paling menarik dalam kisah tersebut, adalah pada waktu Nabi Ibrahim sedang menghadapi persoalan epistemelogi yang paling besar dalam sejarah ketamadunan manusia – persoalan kewujudan manusia – tiada campur tangan yang berlaku daripada Yang Maha Esa.