All posts in 'Rencana' Subscribe

Kaluvarga Malaysia – Edry Faizal

Alangkah molek jika setiap kali disebut “warganegara” disemat juga dalam ingatan perkataan “keluarga”. Biar sebati dalam hati bahawa menjadi warganegara tanah ini bermakna menjadi sebahagian daripada keluarga Malaysia.

ISMA dan puak anti-Muslim Myanmar – Dyana Sofya

Kata-kata beliau dan kenyataan yang dikeluarkan oleh ISMA sejak kebelakangan ini mirip dengan kenyataan Ashin Wirathu, seorang sami Buddhist dari kuil Masoeyein dan ketua 969 Movement yang menyalahkan kaum Muslim Rohingya atas konflik keganasan di Myanmar.

Bagaimana ISMA membantu dakwah Islam – Izmil Amri

ISMA tidak berdakwah. Itu nombor wahid. ISMA bukan kerjanya berdakwah. Ia malah menghindar dan membantutkan kerja-kerja dakwah orang lain. Ini dosa ISMA yang harus ditanggungnya sampai mati. Dosa ini tidak akan terampun selagimana para pendakwah yang digagalkan ISMA tidak mengampunkan dosa mereka.

Penambakan laut di Johor dan hipokrasi politik BN – Mahdzir Ibrahim

Salah satu contoh projek gila yang sedang menggila ini berlaku di perairan Tanjung Kupang, Selat Johor. Lim Kit Siang menamakannya sebagai Pulau Ubah. Keluasannya sekitar dua ribu lima ratus ekar. Jaraknya tidak sampai 10 km dari pantai Singapura. Berdasarkan peta, kawasan ini berada dalam Wilayah Pembangunan Iskandar.

Anjing pun tahu kasih-sayang – Tarmizi Anuwar

Sekarang sekiranya saya diberikan pilihan untuk menjadi Hachiko atau manusia yang mengajak kepada permusuhan (walaupun dengan bersandarkan beberapa ayat dalam al-Quran), saya akan memilih untuk menjadi Hachiko. Biarlah menjadi anjing asal tidak menyemai benih kebencian sesama makhluk yang menganggap dunia dan akhirat miliknya semata-mata.

Ketika Ikhwan Muslimin dibela oleh si bogel – Zahid Naser

Bagaimana seorang pembogel, liberal, sekular, dan seorang wanita, sanggup mempertahankan Ikhwan Muslimin yang terkenal sekarang ini sebagai fundamentalis, wahabi, sufi, ‘aqlaniy, beragenda jahat hendak menjahanamkan Al-Azhar, khawarij dan pengganas?

Hudud dan politik perkauman UMNO – Howard Lee Chuan How

DAPSY Perak ingin menegaskan perkara berikut; kami tidak menentang pelaksanaan hudud kerana kami menentang Islam, tetapi kami menentang pelaksanaan sesuatu dasar di luar Perlembagaan Persekutuan. Dalam hal ini, mengimplentasi hudud sebagai Enakmen Kod Jenayah Syariah Kelantan II.

Hudud : Prinsip Keadilan Sosial, Tujuan Kenegaraan dan Sistem Demokrasi Berparlimen – Ahmad Anwar Asyraf

Dalam Islam, tujuan kenegaraan bukanlah bermain dalam kotak hudud semata-mata. Ia jauh lebih luas daripada itu. Pemerintah harus menegakkan keadilan sosial ataupun keadilan masyarakat dalam segala ruang kehidupan. Hudud hanyalah satu mekanisme bagi mengatasi jenayah.

Hudud: Politik siapa lebih jantan? – Liew Chin Tong

Dalam konteks Islamfobia yang didorong pemerintah, adakah dasar eksklusif seperti hudud akan mendapat pemahaman masyarakat umum? Adakah ini akan memartabatkan Islam dan umat Islam serta membawa kejayaan politik kepada PAS?

Demokrasi Partisipasi di Parlimen Rakyat – Ahmad Tajuddin Abdullah

Parti di sini tidak membawa maksud bersifat parti politik, tetapi kelompok, iaitu kelompok wakil rakyat dan kelompok rakyat itu tersendiri. Rakyat adalah parti yang membuat keputusan untuk melantik sebilangan wakil mereka di Parlimen, lantas ini membentuk parti kedua dalam hierarki kuasa iaitu wakil-wakil rakyat.