All posts in 'Rencana' Subscribe

Mahasiswa dan intelektualisme – Mohamad Safwandi Bin Suaidi

Apakah politisasi dan komersialisasi yang melampau-lampau terhadap sistem pendidikan negara telah mengakibatkan mahasiswanya hilang esensinya sebagai juru bicara umat?

Gobok Lama – Semua tabik Karpal

Pagi selepas berita kematian politikus dan peguam terkenal Karpal Singh, kawan memandu dan mundar-mandir di sekitar kawasan pekan berhampiran. Minda masih terkejut dengan berita itu, malah sehari sebelum kemalangan berlaku, kawan sempat bercakap dengan anak lelakinya Gobind, dan pagi esoknya kawan baca twit Gobind tentang pemergian ayahnya.

Kerana kusta anak dan ibu terpisah – Hafiz Zainuddin

Akibat stigma dan tahap capaian penyelidikan perubatan di masa lalu, begitu juga pemahaman masyarakat terhadap kusta yang masih cetek di masa ini, boleh disimpulkan bahawa pesakit kusta menjalani kehidupan sengsara didiskriminasi, termasuklah dalam soal hak penjagaan anak-anak.

Apa yang dikenang tentang Karpal Singh?

“Karpal kawan politik saya. Saya datang sini sebagai penghormatan kepada kawan.” Beliau memandang saya penuh makna. Walaupun berbeza pandangan dalam politik, beliau mengakui Karpal memiliki banyak ciri-ciri yang wajar dicontohi ahli-ahli politik, khususnya golongan muda.

ANAK MAMI DI PERANTAUAN – Walau sudah tiada, mereka tetap geruni Karpal

Punyalah obses golongan ini sehinggakan ‘kehadiran’ Karpal masih lagi dirisaukan dan cuba dihalang-halang. Terbaru majlis memperingati mendiang yang dijadual berlangsung di dewan besar SJK(C) Chung Kwo di Kuala Lumpur terpaksa dipindahkan ke Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor. Alasannya? Kementerian Pendidikan menghalang majlis tersebut diadakan di sekolah itu.

Karpal Singh, pemimpin lagenda Malaysian Malaysia! – Loke Siew Fook

Bagi saya, beliaulah manifestasi terbaik dalam perjuangan DAP merealisasikan impian “Malaysian Malaysia”. Seorang pemimpin yang melihat dirinya, dan dilihat oleh masyarakat, bukan dari segi latarbelakang kaum dan agamanya tetapi sebagai seorang anak bangsa Malaysia. Sdr Karpal telah berjaya mencapai status tersebut dalam riwayat hidupnya.

Bahawa ISMA tak akan menang – Al-Mustaqeem M Radhi

ISMA tak akan pernah menang, kerana ketika mereka menyebarkan perseteruan dan kebencian, ada sekian banyak pemuda-pemudi yang diam-diam telah bersumpah untuk menyeru manusia kepada Tuhan dengan pesan keamanan, persaudaraan kemanusiaan, serta semangat ihsan yang melimpah-ruah.

Karpal dan sikap sebenarnya berkenaan hudud – Dr Mujahid Yusof Rawa

‘Harimau Jelutong’ itu telah meninggalkan belang, kedua, secara hakiki, mendiang meninggalkan nama yang besar sebagai ahli politik yang disegani kawan dan lawan.

ISMA & Penghinaan Terhadap Melayu Islam Serta Bahasa Kebangsaan – Haris Zuan

Akan tetapi, jika bukan kerana syarat ini pun, apakah salahnya gereja ini menggunakan bahasa kebangsaan? Mengapa kita tidak punya sentimen yang sama terhadap kain rentang ucap selamat Thaipusam umpamanya?

Kusta dan Sungai Buloh: Sejarah yang dilupakan – Hafiz Zainuddin

Saya melangkah ke daerah ini dengan penuh tanda tanya dan bingung. Nyata betapa jahilnya saya mengenai tempat ini sejak sekian lama hidup di bumi Malaysia. Terasa betapa saya tidak bertanggungjawab dan tidak peduli pada sekelompok masyarakat yang telah lama terpinggir.