All posts in 'Rencana' Subscribe

Miskin tegar – Retorik, polemik, persepsi atau realiti? Oleh Mahdzir Ibrahim

Apabila miskin, maka terpecahlah kesatuan keluarga ini. Anak-anak yang sudah mendewasa mula keluar, niatnya mahu ‘lari’ demi mencari penghidupan yang lebih menjanjikan, namun impian pelarian itu masih sebagai suatu harapan saja.

Makan di tandas dan falsafah ‘paksaan’ Oleh Izmil Amri

Insiden pelajar bukan Islam dipaksa makan di tandas ini adalah indikator besar betapa gagalnya konsep perpaduan kaum difahami oleh warga tenaga pengajar sendiri. Jika bukan buta konsep pun, sekurang-kurangnya akal waras akan dapat digunakan untuk memberitahu diri bahawa keputusan memaksa pelajar makan di tandas ini salah.

Surat terbuka untuk Mat Said Oleh Edry Faizal Eddy Yusof

Maka saya terpanggil menulis warkah ini untuk menjelaskan kepada saudara, moga-moga hilangnya gelap pembodohan dengan cahaya pencerahan.

PAS mampu menang PRK Kuala Besut Oleh Noor Jaafar

Sepanjang tempoh kempen BN nampaknya terlalu memperlekehkan kewibawaan calon PAS yang didakwa tidak berkelulusan tinggi itu sedangkan Che Long dilihat begitu jujur, pemurah, tidak sombong dan mudah didampingi serta disegani ramai berbanding Tengku Zaihan yang berpendidikan tinggi itu.

Pojok: Anak Mami di Perantauan – Bila pulak DAP tolak TITAS?

DAP bukan sahaja tidak menolak pengajaran TITAS di peringkat universiti malah turut mencadangkan supaya pengajaran sejarah Tamadun Islam dan Asia diserap dalam sukatan mata pelajaran sekolah menengah. Nah! Tak pening? Macam mana boleh ada pihak yang boleh main serbu tembok dan katakan DAP tolak TITAS dan menerap Islamophobia? Saya tak faham.

Hutang isi rumah semakin tinggi: Salah siapa? Oleh Ibn Yusof

Peningkatan harga rumah dan keberhutangan isi rumah boleh mengundang risiko kepada sektor kewangan. Kita dapat lihat pertumbuhan pantas dalam pinjaman perumahan yang meningkat pantas berbanding sewaan dan pendapatan dalam dua tahun kebelakangan ini.

Perihal UMNO/BN yang tidak ada ‘telinga’ Oleh Aliff Fikri

Penguasa semestinya tahu bahawa kehilangan pendengaran bukan masalah besar. Koklea yang tidak difungsikan adalah jalan pintas menuju pembodohan. Mendengar adalah akses utama manusia untuk saling memahami. Dunia di mana manusia tidak saling mendengar adalah tempat yang amat menyeramkan untuk didiami.

Anak Mami di Perantauan – Imaginasi Utusan melampau

Asalkan boleh membantai Anwar Ibrahim, maka itulah dia bahan berita muka depan Utusan Malaysia. Seolah-olah tak ada berita lain, meski sudah hampir dua bulan pilihan raya berakhir. Ternyata obsessi Utusan Malaysia dan UMNO dengan si Anwar Ibrahim ini sampai kiamat pun tak akan berakhir.

Ideologi, di mana PAS? Oleh Edry Faizal Eddy Yusof

Seorang kapitalis boleh saja seorang Muslim, Kristian atau Majusi; begitu juga seorang sosialis boleh saja seorang Muslim, Kristian atau Majusi. Namun ideologi yang membezakan corak dan cara hidup serta amalan duniawi mereka. Bagi beliau, hanya Marx yang berjaya menjelaskan kepada beliau kekayaan itu datang dari mana, yakni lebihan ekonomi yang dihasilkan kaum buruh.

Cabai Burung – Para YB sekelian, harap jangan dimakan sumpah

Bila ‘menteri TV’ Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kata 86.4 peratus warga Malaysia sokong gagasan 1Malaysia tajaan Najib berasbabkan konsep itu mempunyai matlamat untuk meningkatkan kefahaman dan toleransi dalam kalangan masyarakat, tak ada apa yang baharu, tak ada apa yang boleh dibangga.