All posts in 'Rencana' Subscribe

PRU-13: Ini Kalilah!

Suara sebenar masyarakat yang menolak politik perkauman lantang di media siber. Penulis sepenuh masa ini turut berkongsi pandangan beliau dalam hal ini.

Majoriti pengundi bakal pilih PR, singkir BN – Oleh Noor Jaafar

Tidak ada sebab lagi bagi rakyat untuk terus memilih BN memerintah kerana terbukti parti itu selama 56 tahun gagal mentadbir negara dengan cemerlang seperti yang yang dilakukan PR yang memerintah empat negeri dengan begitu cemerlang walaupun dalam masa lima tahun.

Perutusan Hari Pekerja 2013 Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng

Mengutamakan Golongan Pekerja Malaysia Dengan Gaji Minima RM1,100 Satu Langkah Menuju Sasaran Pendapatan Isi Rumah Minima RM4,000 Dalam Masa Lima Tahun.

Kesilapan besar ROS satu ‘game changer’? Oleh Tommy Thomas

SURAT daripada pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) kepada DAP bertarikh 17 April 2013 adalah salah satu di antara keputusan berat sebelah yang terburuk oleh kakitangan awam yang dikawal oleh Barisan Nasional (BN), yang bertujuan untuk melumpuhkan parti pembangkang menjelang hari penamaan calon sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei ini.

Masa sesuai rakyat Johor tukar politik perkauman, rasuah dan salah guna kuasa Oleh Lim Kit Siang

HARI mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) hanya tinggal 13 hari lagi, dengan Johor menjadi tumpuan untuk perubahan politik di Malaysia dan membiarkan “Kepemimpinan Johor” menjadi slogan baru untuk semua dalam memperjuangkan masa depan politik baru untuk menukar politik lama berdasarkan perkauman, rasuah dan penyalahgunaan kuasa secara besar-besaran.

Mahu gantung DAP; apa lagi yang tinggal pada BN? Oleh Hafiz Zainuddin

Sedang Pakatan Rakyat (PR) melangkah maju menawarkan pelbagai dasar dan komitmen mendaulatkan kepentingan rakyat, DAP menjadi mangsa ketakutan dan keterdesakan BN berhadapan dengan risiko penggantungan.

Gelang Patah perjuangan ‘hidup mati’ Lim Kit Siang Oleh Noor Jaafar

Ini kerana beliau bukan saja bakal menghadapi tentangan sengit Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang dipilih bertanding di Gelang Patah, tetapi terpaksa juga menghadapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bekas Perdana Menteri paling lama, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bakal Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PRU-13: Rakyat Perak bangkit tebus maruah Oleh Hafiz Zainuddin

“Demokrasi telah mati” (Paul Kingsnorth). Rakyat Perak sama sekali tidak boleh melupakan saat tumbangnya kerajaan yang dipilih secara sah pada PRU-12 pada 2008. Barisan Nasional (BN) menguasai semula Perak pada 5 Februari 2009 dengan jalan cara tidak bertamadun membelakangi perlembagaan.

Musim mengundi Oleh: Uthaya Sankar SB

Pelajar sebuah sekolah berdepan dengan tugas berat memilih ketua yang mampu mewakili mereka semua. Seorang calon pula cuba menggunakan sentimen perkauman untuk meraih undi dalam faksyen ini.

Mahathir bersungguh benar menabur benih kebencian di antara kaum Oleh Aspan Alias

Nampaknya Dr Mahathir sudah memberikan isyarat yang LKS akan menang di Gelang Patah. Beliau amat takut untuk menghadapi kekalahan itu dan beliau terus mahukan semua rakyat merasa takut seperti apa yang beliau rasakan. Tuduhan beliau yang malapetaka akan terjadi jika LKS menang itu adalah bayangan ketakutan beliau. Kadangkala semakin lama hidup semakin lemah pemikiran kita ini.