All posts in 'Rencana' Subscribe

Surat terbuka Guan Eng kepada penentang projek: Terowong, lebuhraya atasi lalulintas sesak teruk di Pulau Pinang.

Kerajaan negeri telah berunding secara terbuka dengan rakyat serta masyarakat sivil sejak projek itu dicadangkan pada 2011 dan juga selama tempoh proses tender terbuka sehingga ia dianugerahkan tahun ini.

UMNO sedang alami ‘Brain Death’ Oleh Aspan Alias

Kalau dikira daripada sudut mana pun Perdana Menteri sudah kehilangan moral politik kerana beliau selama ini bukan seorang Perdana Menteri yang “legitimate” kerana mandat yang beliau arak ke hulu ke hilir sekarang ini adalah mandat Tun Abdullah Ahmad Badawi.

DAP dan Melayu bukan dua entiti asing Oleh Hafiz Zainuddin

Orang Melayu sudah sedar, akidah ketuanan Melayu dalam menilai kekayaan negara melalui kemajmukan masyarakat pelbagai bangsa nampaknya semakin terbuka. Sejarah lalu adalah pengajaran terpenting pembinaan bangsa dan negara. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Seluruh rakyat negara ini turut sama menyumbang ke arah pembinaan negara. Cuma, amanah itu sering dinodai ‘syaitan yang dikenali’.

Melabur masa depan: Pakatan gigih atasi kesesakan lalulintas P. Pinang oleh Lim Guan Eng

Kerajaan negeri PR Pulau Pinang akan mendengar dan berserah kepada kehendak 1.6 juta rakyat Pulau Pinang. Oleh itu, kerajaan negeri mengambil langkah yang tidak pernah dibuat sebelum ini dengan membabitkan pihak awam dan masyarakat sivil sejak projek ini mula dicadangkan pada 2011. Ia tidak dilakukan dengan tergesa-gesa. Proses rundingan awam dengan rakyat masih lagi diteruskan.

Musa Hitam beri isyarat Oleh Mazir Ibrahim

Saya amat tertarik dengan buah fikiran Musa itu. Saya berpendapat bahawa idea Musa jauh lebih cerah, real dan jauh ke hadapan berbanding idea pemikiran Tun M yang hanya setakat tahun 2020. Lepas tahun itu, tahun 2021, pemikiran Tun M tidak bermakna apa-apa lagi.

Katanya, Najib mahu guna masa ‘kecederaan’ untuk ehsan pengadil Oleh Daing Yahya

Tapi Najib, beliau dah naik singgahsana selama empat tahun tapi masih ragu-ragu nak bubarkan Parlimen. Kononnya beliau yakin sangat, dia ke hulu ke hilir mencanang bahawa beliau tiada masalah nak hadapi pilihan raya umum. Tapi nampaknya kata-kata beliau itu tak boleh pakai, kata berani tapi tak berani berdepan. Jemputan berdebat dengan Anwar pun sampai ke sudah tak menjadi.

Fokus PRU-13: Berbaloikah setiap undi kita? Oleh Hafiz Zainuddin

Malaysia hanya mampu berubah dengan peralihan kuasa politik kerana melaluinya, ia akan membuka ruang yang lebih luas kepada pelaksanaan dasar yang lebih mapan. Kesedaran sivik semata-mata masih tidak mampu merubah struktur masyarakat dan ‘demokrasi terpimpin’ negara ini apabila hujah sering dibalas dengan gas pemedih mata, batu mahu pun telur ayam.

Komentar Roketkini – Apa yang kerajaan tak-rasmi (caretaker government) tidak boleh buat

HARI INI genap lima tahun tempoh hayat kerajaan persekutuan sejak pilihanraya umum 8 Mac 2008. Telah ada pakar undang-undang termasuk Tommy Thomas yang menyatakan bahawa hari ini bermula tempoh kerajaan tak-rasmi (caretaker government) sehingga tarikh pengundian PRU ke-13 tidak lama lagi.

Menyambut hari wanita di peringkat akar umbi Oleh Jenice Lee Ying Ha

Kerajaan negeri PR memberi keutamaan kepada golongan wanita, contohnya empat daripada 10 EXCO adalah wanita; timbalan speaker juga wanita dan baru-baru ini kerajaan negeri melantik wanita menjadi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Datuk Bandar Petaling Jaya.

Pulau Pinang Tawar Paradigma Pembangunan Baru Buat Malaysia Oleh Haris Zuan

Paradigma Pulau Pinang menekankan bahawa pemulihan kedinamikan ekonomi sahaja tidak boleh menghasilkan pertumbuhan pendapatan tinggi yang berterusan di Pulau Pinang. Usaha ini juga perlu kepada peningkatan drastik dalam taraf kesesuaian untuk didiami dan kelestarian alam sekitar di Pulau Pinang, dan pengukuhan keharmonian dan rangkuman sosial di Pulau Pinang.