All posts in 'Rencana' Subscribe

Pojok: Anak Mami di Perantauan – Aku maafkan kamu

Manusia spesis ini ialah manusia yang tidak akan segan silu memperagakan ‘sandwich board’ bertulis ‘Saya UMNO, Saya Bodoh dan Saya OK’ sambil berjalan-jalan membeli belah di KLCC. Spesis ini, kalau direbus dalam kawah pun akan tetap bersyahadah atas ketuanan UMNO.

Tuntutan ibu bekerja Oleh Norhayati Yusof

Saya ingin berkongsi pengalaman dan perasaan sebagai seorang ibu yang bekerja tentang isu kemudahan untuk wanita bekerja. Kita semua ada anak-anak, malah ada yang sudah besar dan kini berkeluarga dan bekerja. Saya juga pernah melalui peranan ibu bekerja.

Unik dan hebatnya ‘Bangsa Johor’ Oleh Izmil Amri

Seorang anak kelahiran Johor yang mendiami di Kuala Lumpur seringkali menyebut negeri asalnya sebagai ‘Johor Darul Awesome’ untuk sebab yang agak jelas bagi mereka. Negeri mereka agak ‘awesome’ (hebat) untuk beberapa sebab.

Pojok – BELEK: Dr Mahathir kepanasan kerana RCI

Secara tiba-tiba Dr Mahathir kata memang beliau ada memberi kewarganegaraan tetapi mengikut undang-undang. Tidak cukup dengan itu, dituduhnya pula almarhum Tunku Abdul Rahman melakukan sesuatu lebih teruk daripadanya. Difitnahnya Tunku beri kerakyatan kepada sejuta orang yang tidak layak sebelum kemerderkaan!

Apa nilai mahasiswa kita di mata BN dan pentadbiran universiti? Oleh Teo Kok Seong

Mahasiswa tidak dungu. Mahasiwa hari ini semakin matang untuk membuat keputusan dan menilai. Mereka mempunyai idea dan pandangannya tersendiri. Jadi, suara dan pandangan mahasiswa amat penting dan harus dihormati oleh semua pihak. Mahasiswa, generasi muda adalah penerus kepimpinan negara.

Pojok – DILEMA: Lain macam saja, apa yang sedang berlaku ini?

Jarang berlaku. Sejak akhir-akhir ini mahkamah sudah beberapa kali menjatuhkan hukuman menyalahkan lidah rasmi UMNO yang bernama Utusan Malaysia. Teruk Utusan kalah saman. Tuduh DAP, tuduh PAS, tuduh PKR. Akhirnya pecah tembalang fitnah.

Najib, nak dengar kata rakyat atau nak rakyat ubah kerajaan? Oleh Lim Kit Siang

Sekiranya pelbagai program transformasi Najib berharap untuk berjaya, ia haruslah bersandarkan komunikasi dan dialog dua hala antara pemerintah dengan yang diperintah dan bukannya “listen, listen, listen!” secara satu hala dipaksakan ke atas yang diperintah oleh pemerintah.

Pojok: Anak Mami di Perantauan Ada juga jerung yang tidak punya masalah.

Jerung UMNO mahu kita semua berada di bawah rantaian makanan, supaya dia boleh ‘ngap’ kita bila-bila masa, termasuk dengan mengganggu bekalan air sambil selamba berkata bahawa masalah yang ia cetuskan itu boleh diselesaikan jika UMNO dan BN diberi mandat untuk ke sekian kalinya. Eh? Mestikah tunggu pilihan raya baru mahu selesaikan masalah air yang puncanya datang dari Tuhan?

Fenomena “ZA1M”, BN curi minyak, minum minyak, makan pun minyak Oleh Tengku Zulpuri Shah Raja Puji

Pengumuman Najib untuk memberi RM100 juta wang ehsan melalui hasil Block PM307 telah menimbulkan persoalan yang besar. Hasil penyelidikan Kumpulan ‘R’ (Royalti) Pahang, kita dapati Block PM307 rupa-rupanya berada 100 peratus dalam perairan Negeri Terengganu.

Cerita demokrasi ekonomi dan pasar malam Oleh Muhammad Nazreen

Tawaran DAP untuk menawarkan demokrasi ekonomi di mana dalam manifesto pilihanraya mereka untuk menyediakan peluang yang saksama ketika mentadbir negara, dirundum dengan pelbagai kritik-kritik pakar ekonomi Barisan Nasional yang mengatakan hal ini mustahil, hanya propaganda parti pembangkang yang lunas di atas janji-janji kertas tetapi tidak realistik untuk dilaksanakan ternyata bersifat berat sebelah dan retorik.