All posts in 'Rencana' Subscribe

Kongres DAP yang bersejarah Oleh : Mazir Ibrahim

Pemenang sebenar pada pemilihan itu adalah golongan muda. Bukan kemenangan berdasarkan pecahan perkauman sepertimana bacaan minda UMNO.

BN amal politik perkauman, PR perjuang kebaikan bersama

PR tidak dapat bergerak dengan gaya perkauman kerana teras dan dasar setiap parti di dalam perikatannya bukan berasaskan kaum. Seperti mana perikatan pemerintah hari ini sukar untuk bergerak tanpa menyentuh persoalan kaum kerana teras dan dasar parti mereka adalah kaum.

Ucapan Dasar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di Kongres DAP ke-16

Pilihanraya umum yang akan datang bukanlah mengenai nasib parti politik. Ia adalah tentang nasib negara. Ia bukan tentang pemimpin yang menang atau kalah, ia adalah tentang anda, sama ada anda mempunyai keberanian untuk berubah kepada pementukan semula Malaysia ke arah era baru dengan mengeratkan hubungan antara satu sama lain sebagai rakyat Malaysia

Antara sumpah Najib, sumpah Mahsuri dan sumpah Hantu Raya

Tentu sekali persekongkolan si tuan atau bomoh dengan entiti ghaib itu perlu diikat dengan janji agar tercapai maksud di hati, agar terbuka jalan yang tertutup. Maka, bila sudah terjalin batin bersama batin, kalau tidak diturut janji, maka akan binasalah badan dimakan sumpah.

Habibie, tokoh reformasi yang satu lagi Oleh Liew Chin Tong

Beliau melakukan perubahan yang “menggegarkan” apabila melaksanakan desentralisasi (pembahagian kuasa) (“Big Bang” decentralisaton), sekaligus menukar sesebuah regim dengan pemusatan kuasa yang ketara kepada sistem yang amat tinggi tahap desentralisasinya.

Kosmopolitanisme Melayu dalam karya P Ramlee

Barangkali citra Melayu yang kosmopolitan dalam filem beliau ini dihasilkan, secara sedar mahupun tidak, berdasarkan pengalaman hidup beliau sendiri semasa membesar di Pulau Pinang. Sesungguhnya Pulau Pinang pada ketika itu merupakan kota kosmopolitan yang menghimpunkan segala macam budaya.

Ucapan Ketua Wanita DAP, Sdr Chong Eng

Untuk Wanita DAP, konvensyen pada hari ini adalah satu lembaran yang baru, kami harus berusaha lagi, kami harus mengukuhkan lagi organisasi dengan meningkatkan bilangan ahli wanita, matlamat kami adalah 30% ahli daripada jumlah keseluruhan adalah ahli wanita, dan berkongsi 30% daripada beban kerja untuk parti dalam pilihan raya umum

“Buka Lembaran Baru”

Saya berasa bangga menyatakan bahawa budaya politik dalam DAPSY semakin matang. Walaupun Kongres pada hari ini menyaksikan persaingan dalam hampir semua jawatan tertinggi, namun proses kempen telah dijalankan dengan penuh berhemah dalam semangat persaudaraan yang cukup tinggi.

fin de regime – AES paku terakhir keranda BN – Oleh Liew Chin Tong

Kamera perangkap had laju polis pula lebih murah harganya berbanding AES. Sejauh manakah pelaburan kamera AES? Tiada orang yang mengetahuinya memandangkan kerajaan enggan mengumumkan kontrak.

UMNO, dulu… kini… dan selamanya rasuah. Oleh Adil Mat Selamat

Bagaimana boleh tanah negeri (baca;rakyat) boleh diagih antara UMNO, MIC, MCA dan Gerakan sebegitu murah dan mudah? Mana pejabat tanah? Mana pejabat daerah? Adakah mereka juga bersengkongkol? atau terpaksa mengikut kehendak dan arahan UMNO-BN?