All posts in 'Rencana' Subscribe

Begitu terdesaknya Najib… Oleh Adil Mat Selamat

Malah, kita sebagai demokrat yang meraikan kepelbagaian dan perbezaan pendapat, kita tetap menyambut baik kenyataan ini kerana, siapa pun Najib, beliau tetap Perdana Menteri Malaysia yakni PM kepada seluruh rakyat Malaysia. Soal siapa yang suka atau tidak, atau parti mana yang mengangkatnya menjadi PM, itu soal lain.

Siapa kawan Israel?

Kedua-dua insan hebat ini bertamu ke Malaysia beberapa hari sudah. Seorang penyokong tegar negara Israel, dan seorang yang kalah pertandingan presiden. Mereka disambut penuh keriangan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden UMNO.

Kenapa UMNO takut Melayu bebas berfikir dan berjaya berdikari?

Perkara Melayu sertai DAP ini samalah juga dengan bibit kejayaan Melayu dalam perniagaan. Maka bolehlah saya benarkan kata Dr Maszlee Malik: “Melayu makin mendominasi politik…kalau MCA dan MIC dibuka kepada umum, Melayu akan masuk juga. Maka baguslah. Melayu berani bersaing. Melayu berfikir jauh ke hadapan”

Untuk menikmati pembangunan sebagai kebebasan, Malaysia perlu bebas rasuah – Oleh Lim Guan Eng

Saya berpendapat kita akan menikmati pembangunan sebagai kebebasan seperti yang dijanjikan oleh Amartya Sen sekiranya kita menjadi bebas daripada skandal rasuah.

Adegan gusti WWE, macam pernah tengok saja… – Oleh Fairuz Azhan-

Kenapa Big Show sanggup berbuat demikian? Kerana walau pun ahli gusti itu dari kalangan yang ‘baik’, beliau terpaksa melakukannya kerana ‘carma’, kerana sudah seminggu menganggur dan kerana tawaran kontrak yang lumayan untuk diterima berkerja semula dalam WWE.

BERSIH 3.0 vs Himpunan Jutaan Belia BN 1Malaysia – Oleh Iza Suraiya

Berbeza dengan BERSIH 3.0, himpunan propaganda UMNO-BN itu telah menggunakan wang cukai rakyat kerana ia dianjurkan oleh kementerian dan agensi kerajaan persekutuan.

UMNO-BN merusuh jika Pakatan Rakyat menang pilihan raya? Oleh Fairuz Azhan

Rakyat sememangnya boleh melihat dan menilai di antara Pakatan Rakyat dan UMNO-BN, siapa yang anti-demokrasi, siapa lebih samseng, siapa yang lebih berkemungkinan untuk merusuh sekiranya kalah dalam PRU 13 nanti.

Setahun sudah berlalu… Oleh Mazir Ibrahim

Dalam DAP dan Roketkini, ada juga manusia Muslim, mereka ini makan makanan yang halal, tahu di mana kiblat, mendirikan solat mengikut hukum syarak. Namun seperti manusia biasa yang lain, tetap ada sedikit-sebanyak salah dan silap yang harapnya mendapat keampunan Allah SWT. Manusia-manusia dalam DAP bukanlah insan maqsum seperti mana ramai pemimpin Melayu Islam UMNO.

Kalau tak bohong, bukan Utusan namanya

Jika rela darah daging kita disalut fitnah setiap hari, maka UMNO-BN lah pilihan kita. Jika mahu kerajaan yang bersih, adil dan saksama, maka kita perlu berani membuat perubahan dalam pilihan raya akan datang

SosDem: Kenapa perlu takut? Oleh Izmil Amri

Tentunya ia bukan komunis atau radikal kiri yang menolak sama sekali kewujudan amalan perniagaan dan keusahawanan. Yang penting sosial demokrasi bertunjangkan keadilan sosial, hak saksama dan solidariti.