All posts in 'Rencana' Subscribe

Dengan atau tanpa ISA, kerajaan BN terus cabul hak asasi, kebebasan rakyat – Oleh Lim Guan Eng

Selagi bayang-bayang, sisa dan saki-baki ISA masih wujud dalam RUU Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2012 dan RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012, maka ia akan mengujudkan ketakutan di kalangan orang ramai terhadap kerajaan yang bersedia menggunakannya untuk niat dan hasrat politik mereka.

Buku Jingga ancam keselesaan kuasa UMNO-BN – Oleh Hafiz Zainuddin

Nampaknya, kerajaan UMNO-BN merasakan tawaran Buku Jingga mengancam kedudukan mereka. ini kerana tawaran bernas Buku Jingga bersandarkan dengan fakta yang kukuh: negara sebenarnya mampu.

DILEMA : Jika UMNO-BN terus memerintah, media massa tetap di takok lama

Jika ada yang kurang cerdik yang menganggap penerbitan Harakah, Suara Keadilan dan The Rocket sebagai tanda kebebasan media, mereka perlu dicerahkan bahawa semua itu adalah lidah rasmi parti, dan bukannya media massa. Malah, kerajaan UMNO-BN mengenakan syarat-syarat yang amat ketat terhadap mereka.

KATANYA… Tanah untuk UMNO atau tanah untuk masjid? – Oleh Daing Yahya

Katanya … jika Koh Tsu Koon yang membinanya, pastilah projek-projek buat masjid ini akan diberi kepada kontraktor UMNO Pulau Pinang. Bukankah ini amalan rasmi UMNO? UMNO memang ramai penagih kontrak, dengan cara itulah mereka gunakan sebagai alat untuk terus berkuasa dan merembat harta rakyat atas nama Islam atau Melayu.

Ada apa dengan DAP? – Oleh Mazir Ibrahim

DAP bukan ingin berpolitik sekadar mahu menang pilihan raya, sebaliknya DAP mahu membuka wacana mengenai demokrasi dengan lebih luas menerusi komunikasi berbahasa, khususnya Bahasa Malaysia yang difahami semua.

Teladan buat pemimpin UMNO – Oleh Adil Mat Selamat

Bukankah tugas sebagai wakil rakyat itu akan menelan masa yang banyak hingga akan menghadkan masa untuk seseorang wakil rakyat itu berniaga, jadi kita melihat kes ini dengan rasa yang agak hairan sekali

MCA, DAP dan Islam – Oleh Khalid Samad

Apabila ditanya oleh pemberita akhbar Cina mengapa LGE memberi sumbangan yang begitu banyak kepada pendidikan agama Islam di Pulau Pinang, termasuk sumbangan wang kepada golongan murid yang berjaya menghafal Al-Quran, LGE menjawab, “Apabila ummat Islam berpegang kepada ajaran agama Islam, mereka tidak akan terlibat dalam rasuah”.

Mari kita ikut nasihat Najib

Dengan hanya diberi mandat kecil memerintah Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan, kehebatan, ketelusan, kejujuran dan kecekapan tanpa rasuah serta penyelewengan membuktikan kemampuan Pakatan untuk mentadbir negara.

UMNO, belajarlah menjadi pembangkang yang baik – Oleh Mazir Ibrahim

Jika kita perhatikan dengan berhati-hati, mutu kerja pembangkang di negeri-negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang berbanding mutu kerja pembangkang di Parlimen amat jauh berbeza. UMNO dan BN, sebagai pembangkang di negeri-negeri tersebut rata-ratanya membawa isu yang tidak ada fakta sebaliknya hanyalah ungkapan abstrak yang diolah daripada fitnah semata-mata.

Meletakkan nilai agama pada batu dan simen – Oleh Iliya Arashi

Ini kerana agama Islam itu sendiri kaya dengan nilai-nilai yang memperkasakan dan mengharuskan kita supaya bertindak dan menuntut perubahan, agar sebuah masyarakat yang lebih saksama dan sejahtera dapat dibentuk. Atau sekurang-kurangnya sesuatu keadaan yang lebih baik daripada yang sebelumnya.